Wednesday, June 30, 2010

Tahniah Pelajar Kursus 3D Intake Jun 2010

Wah! Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kursus 3D kemasukkan Jun 2010 yang baru saja tamat sesi pembelajaran tempoh hari. Dalam diam rupanya mereka ni semua sudah 3 minggu menjalani latihan intensif oleh pelatih 3D yang merupakan orang kuat dibelakang tabir animasi Upin & Ipin. Selama 3 minggu berada di sini, mereka ni semua dilatih mengunakan perisian 3D Autodesk Maya mengikut projek-projek yang diberikan. Pada awalnya, kebanyakkan pelajar ini sememangnya tiada basic 3D langsung dan ada juga antara mereka yang tidak menyangka mampu menghasilkan projek 3D yang diberi.

Antara pelajar sedang khusyuk
yang ketika sesi presentation


Suasana ketika presentation pelajar

Semua pelajar diberi peluang untuk membuat presentation mengenai projek mereka pada minggu terakhir dihadapan semua warga kerja Les' Copaque Production dan wakil dari MDeC. Memang sungguh bersemangat masing-masing menunjukkan hasil kerja mereka buat kali pertama dikhalayak ramai. Tak kurang juga yang teruja dengan hasil kerja sendiri kerana langsung tidak menyangka mampu menghasilkan output sedemikian. Terima kasih diucapkan kepada wakil MDeC iaitu Mr Teo kerana datang memberi galakan kepada semua pelajar-pelajar ini.

Pelajar bersemangat ketika memberi
presentation


Penerangan terperinci oleh pelajar

Gambar kenangan semua pelajar bersama
tenaga pengajar


Antara hasil kerja pelajar kemasukkan Jun

Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar-pelajar ini dan diharapkan usaha mereka di dalam bidang 3D ini tidak berhenti di sini saja. Lepas ni ,teruskanlah impian masing-masing dan semua warga kerja Les' Copaque mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar ini.

Tuesday, June 29, 2010

Lawatan dari Wyeth

Pada Selasa 22 Jun lepas, Les Copaque telah menerima kunjungan daripada syarikat Wyeth, yang juga merupakan penaja bersama bagi siri Upin & Ipin di TV9. Syarikat Wyeth ini merupakan syarikat farmaseutikal antarabangsa yang terkenal dan antara produk-produk mereka yang terkemuka adalah jenama susu S-26.

Book dan Fila mendengar tentang khasiat
susu S-26 dari staff Wyeth.

Delegasi dari Wyeth telah memberikan penerangan mengenai sejarah produk susu S-26 dan juga perancangan promosi produk tersebut bersama Upin & Ipin . Sample susu juga telah disediakan dan ramai warga Les Copaque telah mencubanya. Lebih menarik lagi, delegasi Wyeth juga telah membawa cupcake yang telah dibuat khas menggunakan susu S-26 Promise Gold. Cupcake yang dibawa memanglah sedap dan telah habis dalam beberapa minit. Wyeth turut juga menghadiahkan goodie bags kepada semua staff Les Copaque. Terima kasih Wyeth!

Is mencuba susu S-26 Mama. Jangan takut,
tak mengandung pun boleh cuba. hehe.

Faris menikmati kelazatan susu S-26

Selepas staff Les Copaque dan Wyeth telah beramah-mesra di lobi office kami, Atok (a.k.a. Tn Haji Burhanuddin) telah membawa delegasi Wyeth untuk melihat bagaimana proses pembikinan animasi Upin & Ipin dijalankan di studio kami.

Kami berharap kerjasama Les Copaque dan Wyeth akan terus maju dan kuat. Kepada ibu-ibu dan bakal ibu, cubalah produk S-26 dari Wyeth. Nanti anak-anak jadi comel dan pandai macam Upin & Ipin. hehe.

Cupcake special yang diperbuat dari susu
S-26 Progress Gold. Sedap!


Monday, June 28, 2010

Upin & Ipin di MISTI

Sungguh seronok Upin & Ipin apabila berada di Johor Bahru baru-baru ini untuk event terbesar ICT iaitu MISTI ataupun Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Yelah, hampir seminggu kembar comel ini bersama team Les' Copaque memeriahkan acara yang kali ke 3 ini dianjurkan terasa rindu pula nak meninggalkan Johor selepas selesai acara. Bermula dari 22 Jun yang lalu, setiap hari acara ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang ingin melihat pameran yang berkaitan dengan ICT.

Booth TM ketika pameran
Suasana ketika acara pertandingan sains

Bergambar bersama maskot Kunang-Kunang
serta kakitangan MISTI


Pada hari pertama, pengunjung MISTI didedahkan dengan ceramah animasi mengenai kisah disebalik Upin & Ipin oleh penceramah dari Les' Copaque Production iaitu En Mohd Zarin. Lebih 700 pengunjung memenuhi dewan seminar untuk mendengar kisah disebalik animasi Upin & Ipin. Memang suasana di dalam dewan seminar menjadi meriah apabila sesi ceramah tersebut diakhiri dengan penampilan maskot Upin & Ipin.

Upin & Ipin menceriakan booth

Antara pelajar sekolah yang
memenuhi ruang seminar


Antara lain yang menarik perhatian ialah pameran oleh pelbagai booth dari badan kerajaan dan swasta yang mempamerkan produk masing-masing yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Antara booth yang menjadi tumpuan ialah booth MDeC, MIMOS, TM dan juga PETROSAINS. Sememangnya tujuan mendekatkan pengunjung kepada sains dan teknologi berjaya kerana pelbagai maklumat yang jarang didapati boleh didapatkan di pameran ini. Uniknya juga, pada malam hari diadakan pula sesi melihat bulan melalui teleskop. Memang sesuatu pengalaman baru yang pasti tidak dilepaskan oleh pengunjung di sini.

Booth MDeC

Kemeriahan dibooth Les' Copaque sendiri juga terasa apabila booth ini tidak pernah lengang dengan kunjungan dari pengunjung terutama sekali dari pelajar-pelajar. Di sini, selain dapat melihat dan membeli pelbagai barangan cenderamata Upin & Ipin, semua pengunjung juga ditawarkan pendaftaran sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Pendaftaran ahli kelab pada pameran ini memang mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi pertama kali diperkenalkan di Johor.
Booth Les' Copaque sungguh dipenuh pelajar

Bersama-sama di booth MDeC

Upin & Ipin bersama Mej Dr Faiz,
Angkasawan Negara


Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan acara ini serta pihak penganjur yang tidak putus-putus memberi kerjasama dan bantuan disepanjang acara ini berlangsung. Semoga semuanya dapat manfaat dari acara MISTI ini dan kepada peminat setia Upin & Ipin jangan lupa untuk mengikuti Upin & Ipin diacara yang lain pula ye.

Wednesday, June 23, 2010

Mari jumpa Upin & Ipin di Pesta Buku Negeri Selangor 2010

Kalau semua nak tahu, Upin & Ipin akan berada di Kompleks PKNS Shah Alam bersempena dengan Pesta Buku Negeri Selangor 2010 pada 25 Jun ini sehingga 5 Julai 2010. Pasti seronok kerana pelbagai jenis buku akan dijual disamping macam-macam aktiviti yang akan disajikan kepada para pengunjung.

Acara tahunan yang dianjurkan oleh PPAS ini sememangnya berjaya menarik perhatian khususnya warga Selangor untuk bersama-sama menanam minat membaca. Pada tahun ini yang menariknya ialah, pelancaran acara ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Taman Tasik Shah Alam pada 26 Jun nanti. Kemudiannya semua pengunjung akan dijemput membaca ditepi tasik Shah Alam dan seterusnya menjadi rekod terbesar di dalam aktiviti membaca di Malaysia. Maskot Upin & Ipin juga akan memeriahkan acara ini. Jangan lupa tau, datang beramai-ramai.


Monday, June 21, 2010

Menyingkap Kisah Upin & Ipin di MISTI Johor 2010

Berita baik kepada semua peminat Upin & Ipin yang berada selatan tanah air kerana Les' Copaque Production akan berada di Johor Bahru sempena program MISTI Johor 2010. Acara bersempena dengan minggu Sains dan Teknologi ini yang bermula dari 22 hingga 27 Jun 2010 akan dimulakan dengan ceramah oleh wakil Les' Copaque Production yang bertajuk "Menyingkap Kisah Upin & Ipin". Ceramah ini akan diadakan di Persada Johor oleh En. Mohd Zarin B Abdul Karim dan ianya bermula seawal 9.30 pagi. Semuanya dijemput hadir bagi memeriahkan seminar ini dan berkongsi pengalaman bersama penceramah.



Masa : 9:30pagi
Tarikh : 22 Jun 2010
Tajuk : Menyingkap Kisah Upin & Ipin
Penceramah : Mohd Zarin B Abdul Karim
Tempat : Persada Johor

Selain itu, kepada semua peminat Upin & Ipin khususnya yang masih belum mendaftar sebagai ahli Kelab Upin & Ipin, jangan risau kerana pada minggu tersebut kami membukak pendaftaran sebagai ahli di kaunter Les' Copaque. Pengunjung juga akan dikejutkan dengan penampilan maskot Upin & Ipin disepanjang acara berlangsung. Meriah bukan? Jadi janganlah lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai

Layari http://misti2010.johor.gov.my untuk maklumat lanjut.


Saturday, June 19, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010

Marilah beramai-ramai memeriahkan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 yang berlangsung di PWTC bermula pada 16 - 20 Jun 2010. Yang menariknya, produk barangan Upin & Ipin seperti t-shirt, DVD, buku, alat tulis, beg sekolah, patung permainan dan macam-macam lagi turut dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Ekspo besar-besaran anjuran KPDNKK ini turut mempromosikan pelbagai barangan buatan Malaysia dari lebih 180 booth jualan. Memang meriah dan rugi kalau tak pergi.


Jangan ketinggalan untuk memeriahkan ekspo ini dan sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian 03 - 5511 0012.

Demam Bola Piala Dunia di LCP

Wah, abis satu office dah demam sekarang. Tapi rasanya bukan office Les' Copaque saja yang tengah demam ni, Demam Piala Dunia orang kata. Sekarang ni satu duniapun tengah Demam. Ada yang sokong pasukan itulah, inilah, ada yang kecewa kalahlah, macam-macamlah. Untuk laporan blog kali ini, mari kita lihat video gelagat krew-krew LCP ni bila dah demam Piala Dunia dan mari kita tengok pasukan mana yang mereka sokong.

Adam bersama World Cupnya
(Rasanya dia ni wakil pasukan mana ye)

Ada iras Maradona ke Hafiz ni?

Beberapa orang krew LCP gembira
bersama World Cup




Sementara itu, jangan lupa tau saksikan siri Upin & Ipin yang bertajuk "Anak Harimau" yang dihasilkan khas bersempena Piala Dunia tahun ni pastinya hanya di TV9(Malaysia) dan TPI(Indonesia).


Friday, June 18, 2010

Dapatkan Majalah Komik Isu 6 dipasaran!

Tak sangka Majalah Komik Upin & Ipin sudahpun sampai keluaran isu ke 6. Setakat ini memang ramai peminat Upin & Ipin yang mengemari majalah ini dan sering menanti keluaran yang terbaru. Pada isu ke 6 ini, pihak penerbitan telah memilih untuk memperkenalkan watak Mei Mei. Kalau semua peminat nak tahu cerita disebalik watak Mei Mei jangan lupa dapatkan isu ini dipasaran.

Majalah Komik Upin & Ipin Isu 6
Yuki mempromosikan
Majalah Komik Upin & Ipin

Sebarang idea ataupun soalan bolehlah diemelkan kepada webmaster@lescopaque.com ataupun hantarkan surat anda ke alamat di bawah :

Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.


Thursday, June 17, 2010

Les' Copaque on Twitter

Berita baik kepada semua penguna Twitter kerana sekarang segala berita dan perkembangan terkini mengenai Les' Copaque akan juga diupdate di Twitter. Yea. kami juga kenalah ikut perkembangan terkini. Jadi kepada semua peminat yang ingin mengikuti kami di Twitter silalah layari di http://twitter.com/lescopaque


Follow lescopaque on Twitter


Upin & Ipin di Read Malaysia '10

Seperti yang diketetahui ramai, Upin & Ipin turut memeriahkan acara Read Malaysia yang telah berlangsung di MIECC, Mines tempoh hari. Berikut ialah link kepada laporan media mengenai acara ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Wednesday, June 16, 2010

Sambungan episod Anak Harimau di TV9

Nampaknya sudah 5 episod Upin & Ipin yang bertajuk "Anak Harimau" ditayangkan di TV9 sempena demam bola sepak yang sedang hangat melanda seluruh dunia. Pada hari ini kesudahan episod ini akan dapat disaksikan di TV9 pada pukul 5.30 petang.

Mari kita lihat di bawah apakah pesanan Kak Ros kepada semua peminat Upin & Ipin.



Selain itu, Peraduan Upin & Ipin bersama penaja utama iaitu TM juga semakin mendapat perhatian ramai. Peminat masih sempat menyertai peraduan ini dengan cara layari www.tm.com.my dan klik pada banner Upin & Ipin.


Kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara (Bahagian 2)

Ha! pasti semua pembaca telah dapat berkongsi kemeriahan dan keseronokan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara pada bahagian 1 yang lalu. Kepada yang hadir, sekali lagi diucapkan terima kasih. Pada bahagian ke 2 ini pula, mari kita lihat wajah-wajah dibelakang tabir yang telah bertungkus lumus menjayakan acara ini. Tanpa usaha gigih mereka, pasti kemeriahan acara ini tidak tercapai.

Untuk menjayakan acara sebesar ini, gabungan beberapa anak syarikat di bawah Les' Copaque Production dan syarikat bersekutu bergabung dan memberi kotmitmen yang sangat tinggi. Les' Copaque Production sendiri dibantu oleh LC Merchandising, Bruang Filem dan juga LCGDI dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan lancar. Kesemua krew acara bersiap sedia seawal 8 pagi untuk mengadakan persiapan terakhir.
Antara krew kaunter baju Kelab Upin & Ipin
Zarin dan Nisa ketika sedang berbincang

Muiz gigih ketika persediaan maskot

Jehan dan Ayu antara krew
untuk aktiviti


Setiap krew telahpun diberi tugas masing-masing mengikut department serta pembahagian tugas. Dari aspek persembahan, pendaftaran, jualan, aktiviti, makanan, hadiah hinggalah kepada keselamatan semuanya mesti diambil kira. Dengan ketibaan pengunjung yang tiba lebih awal dari yang dijangkakan department aktiviti memainkan peranan penting dan menjadi penyeri acara pada awal pagi. Kaunter pendaftaran juga tidak kurang sibuknya kerana ramai pengunjung yang ingin mendaftar sebagai ahli walaupun sebelum perasmian dijalankan. Namun di dalam kesesakkan acara, setiap krew masih mampu memberi senyuman dan layanan yang terbaik.

Fazidah, Fikri dan Leman sangat
komited dengan tugas masing-masing

Hafiz diantara pengacara
untuk segmen aktiviti

Fariz teruja seketika semasa
memasang bunting

Aran ketua teknikal memastikan sound
system berada dalam keadaan terbaik

Azi pun rajin membantu

Pada hari tersebut juga, kaunter jualan dan promosi diantara yang tak menang tangan. Kesemua produk termasuklah baru dan lama dijual dengan harga paling rendah dalam sejarah. Suasananya memang begitu meriah lebih-lebih lagi ianya dijual oleh Pengarah Kreatif LCP sendiri iaitu Usamah Zaid bersama isteri sambil dibantu oleh krew yang lain. Kepada yang ketinggalan untuk mendapatkan produk baru seperti plush toys mini Upin & Ipin masih boleh dapatkannya di U & I Butique.

Mari kita lihat gambar-gambar menarik disepanjang acara ini dijalankan.

Adam petah bercakap
menarik perhatian pengunjung

Ah Wei, Diin dan Hafiz
berbincang mengenai aturcara

Fikri dan Abang Sazali terlalu sibuk
hingga terpaksa mencuri waktu makan

Lai Kuan juga bersemangat
Amin kebiasaannya menjadi animator,
tapi pada hari ini menjadi penjual

Keng Sun sempat bergambar selepas
sibuk mengawal keselamatan

Naz juga dari Bruang Filem yang
sibuk menjalankan rakaman
Fikri yang berada di masa saja
Ikmal juga menjadi penjual berjaya

Nampaknya Hari Kelab Upin & Ipin yang selesai lebih kurang 5 petang ini memang seronok dan menghiburkan. Walaupun masing-masing kepenatan, namun titik peluh mereka semua berbaloi apabila menyaksikan wajah kegembiraan pada semua pengunjung yang hadir. InsyaAllah, selepas ini Hari Kelab Upin & Ipin akan dianjurkan lagi dan segala kekurangan pada acara yang lepas akan diperbaiki. Terima kasih kepada TV9 sebagai penyiar rasmi dan HoTFM sebagai radio rasmi Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara. Tidak lupa juga kepada Zoo Negara yang telah memberi sokongan di dalam menjayakan acara ini.