Friday, April 30, 2010

LCP Training Center terus mendapat sambutan

Minat mempelajari bidang 3D tetapi tiada tempat yang sesuai? Ha, LCP Training Center mempunyai penyelesaian untuk masalah anda. Tahukah anda, sebenarnya Les' Copaque Production ada menyediakan latihan 3D intensif selama 3 minggu secara PERCUMA. Ye, memang semuanya secara percuma. Dengan program kemasukkan di bawah MDeC, kursus selama 3 minggu ini akan melatih pelajar mengenai konsep asal modelling di dalam 3D menggunakan perisian Autodesk Maya.

Suasana di dalam kelas latihan

Bimbingan diberikan secara terus kepada pelajar

Yang menariknya kesemua tenaga kerja di LCP Training Center adalah tenaga dari produksi Upin & Ipin sendiri. Jadi, memang sesuailah kalau ada siapa-siapa yang nak korek ilmu sedikit dari tenaga pengajar di sini. LCP Training Center sebenarnya sudah lebih setahun beroperasi dan baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Training Center yang berjaya oleh MDeC. Bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon kerja tetapi tiada kemahiran asas, latihan kursus ini amat sesuai untuk anda.

Kursus selama 3 minggu secara percuma


Syarat-syarat kemasukan

1. Mestilah mempunyai diploma atau ijazah di dalam bidang berkaitan
2. Mestilah sudah tamat belajar dan tiada lagi pengajian subjek lain

Cara Memohon

1. Hanya isikan borang yang boleh dimuat turun di sini
2. Hubungi Cik Nurul (03-5511 8089) untuk sebarang pertanyaan




Baju U & I baru!

Wah! Cantiknya baju baru Upin & Ipin. Macam bersinar-sinar je tengok dari jauh. Design terbaru yang menampilkan corak yang lebih simple tapi nampak eksklusif ini sudah mula dijual di U & I Butique dan di setiap outlet Upin & Ipin. Baju baru yang hanya menggunakan huruf U & I ini direka khas untuk saiz dewasa sahaja. Kami di Les' Copaque dengan berbangganya mengenakan theme day dengan berbaju U & I ini. Ha, kan nampak cantik dan sejuk je bila ramai-ramai pakai macam ni.

Berbaju U & I beramai-ramai
Comelnya berbaju U
Team U bergambar bersama-sama

Kalau peminat-peminat setia Upin & Ipin teringin mendapatkan baju-baju ini bolehlah membelinya secara online di http://www.lescopaque.com/store.


Lawatan Upin & Ipin ke Utusan

Memamg meriah dan terkejut warga kerja Utusan Malaysia dengan kunjungan maskot Upin & Ipin bersama kakitangan TV9 tempoh hari. Semuanya adalah sempenan sambutan ulang tahun ke 4 TV9 yang turut diraikan bersama rakan-rakan media dari Utusan. Tidak datang dengan tangan kosong, rombongan TV9 hadir dengan kek pulut kuning serta cupcake bermacam warna dan rupa.

Sesi memotong kek pulut
Cupcake pelbagai rupa dan warna

Sempat juga Upin & Ipin dibawa melawat dan beramah mesra bersama semua kakitangan Utusan. Kebanyakan dari mereka yang sibuk sedang bekerja tiba-tiba terasa amat teruja untuk bergambar bersama dengan maskot Upin & Ipin. Pada petang harinya pula, rombongan ini diteruskan ke Utusan Karya pula yang menerbitkan pelbagai jenis majalah seperti Kawan, Mangga dan macam-macam lagi.

Kakitangan Utusan tak melepaskan peluang
bergambar bersama Upin & Ipin

Suasana meriah bersama maskot Upin & Ipin

Kunjungan ke Utusan Karya

Bergambar bersama semua warga
kerja Utusan dan TV9



Terima kasih kepada semua warga kerja Utusan khususnya para wartawan kerana memberi sokongan selama ini. InsyaAllah Upin & Ipin akan melawat lagi pada masa akan datang. Nantikan video Upin & Ipin TV untuk melihat sendiri bagaimana suasana ketika lawatan di sana.


Monday, April 19, 2010

Selamat Pengantin Baru Hakim!

Nampak segak dan tampan bersama pasangan hati yang nampak cantik dan ayu. Kedua mempelai dipayungkan di bawah panas terik menuju ke jinjang pelamin. Syukur dan tahniah kepada Hakim iaitu keluarga baru Les' Copaque Production kerana telah menjadi Raja Sehari baru-baru ini. Kenduri perkahwinan yang diadakan di Galeri Shah Alam ini sungguh meriah dengan bertemakan warna ungu. Kakitangan LCP sendiri sudah tentu turun padang untuk memberi sokongan dan melihat sendiri kemeriahan majlis persandingan pereka laman web kami.

Hakim dan Azra diiring masukTema ungu menaikkan mood majlis

Ketika menuju ke pelamin

Rata-rata kakitangan LCP juga tak kurang terujanya untuk menghadiri majlisi ini, lebih-lebih lagi tahun ini juga ramai kakitangan LCP yang akan berumah tangga. Syukurlah kepada bakal-bakal pengantin yang lain kerana akan menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Apa-apa pun kami warga LCP sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Hakim dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Selain berkongsi kemeriahan, kesempatan untuk menjamu nasi minyak sudah tentu tidak dilepaskan.

Antara krew LCP yang hadir
Sesi makan sementara
menunggu pengantin

Acap dan Rus bakal
pengantin selepas ini

Selamat Pengantin Baru!


InsyaAllah kita akan ke kenduri kahwin yang lain pula dalam tahun ini dan terima kasih kepada yang turut memeriahkan majlis perkahwinan ini. Kepada kakitangan LCP yang masih belum berpunya tu, janganlah lambat sangat cari pasangan.


Saturday, April 17, 2010

Upin & Ipin Pesta Buku Antarabangsa KL

Seronoknya melihat ramai pengunjung berpusu-pusu membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah diadakan di PWTC baru-baru ini. Anjuran kali ke 29 ini, memperlihatkan lebih banyak buku dan booth dibuka dan sekali gus membuka peluang untuk ulat buku mendapatkan koleksi buku dengan harga murah. Upin & Ipin juga buat kali pertama memeriahkan Pesta Buku ini dengan mempromosikan Majalah Komik Upin & Ipin yang baru saja masuk ke isu 4.

Begitu ramai pengunjung di Pesta Buku
Pelbagai jenis buku turut dijual


Selain dari majalah komik, sudah tentulah penampilan maskot Upin & Ipin menjadi tumpuan orang ramai. Dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai, kemunculan maskot Upin & Ipin ditengah-tengah tapak acara sememangnya sukar dikawal. Kebanyakan dari pengunjung amat tidak menyangka dapat berjumpa dengan maskot kesayangan mereka. Mereka mengambil peluang ini untuk bersalaman dan bergambar dengan kedua-dua maskot. Maskot Upin & Ipin yang dibawa mengelilingi seluruh tapak pesta buku turut mendapat sambutan dari ramai pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa dan usia.

Upin & Ipin menceriakan Pesta Buku

Upin & Ipin bersama kakitangan PTS

Aktiviti bergambar bersama peminat

Cuba lihat adik kecil di bawah ini. Sungguh comel bergambar bersama dengan Majalah Komik Upin & Ipin isu ke 3. Beginilah aksi peminat Upin & Ipin yang setia membeli barangan Upin & Ipin termasuk majalah komik ini. Di Pesta Buku ini juga, krew TV9 iaitu untuk rancangan CHOPP! juga turut membuat liputan mengenai acara ini. Antara yang membuat penampilan ialah Irma Hasmie dan Shafiq.
Adik kecil yang mempromosikan
Majalah Komik


Krew Chopp! TV9 juga membuat liputan

Puan Afiza, Pegawai Pemasaran
juga membeli Majalah Komik

Booth Upin & Ipin juga tidak putus-putus dengan kunjungan peminat yang ingin mendapatkan barangan cenderamata untuk kenang-kenangan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan lebih kurang 10 hari ini sememangnya berjaya kerana dapat mengumpulkan pelbagai jenis buku dengan jumlah pengunjung yang begitu ramai. Semoga adik-adik dapat menanamkan semangat membaca dan semoga berjumpa lagi di acara yang lain pula.



Friday, April 16, 2010

Tonton Upin & Ipin di Majalah 3


Jangan lupa untuk menonton rencana khas Upin & Ipin di dalam Majalah 3 pada 17 April 2010 ini pada pukul 9 malam tentunya di TV3. Rencana khas ini, akan menayangkan bagaimana sambutan Upin & Ipin di Indonesia secara am dan melihat tenaga produksi Upin & Ipin dari dekat. Anda juga boleh menonton rancangan ini secara online dia www.tv3.com.my



Rakaman Majalah 3

Teruja betul kakitangan Les' Copaque tempoh hari apabila diberitahu Majalah 3 akan membuat rakaman mengenai Upin & Ipin. Siapa yang tak kenal dengan rancangan Majalah 3 yang disiarkan di TV3 dan telah memenangi pelbagai jenis anugerah. Seperti yang telah dijanjikan, krew Majalah 3 termasuk pengacaranya Nurul Syuhada memulakan sesi rakamannya di studio Les' Copaque. Nurul Syuhada yang telahpun membuat kajian mengenai animasi Upin & Ipin mengendalikan proses rakaman tersebut mengikut perancangan.

Usamah Zaid ketika
menerangkan proses produksi
Para Animator melakonkan sesi "acting"
untuk animation


Rendering Team bergambar kenangan
bersama Nurul Syuhada

Rakaman yang dibuat melibatkan pelbagai aspek produksi termasuklah pra-produksi, produksi, post-produksi dan elemen-elemen tambahan lain. Yang menjadikan keunikan rakaman ini ialah ianya dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Bahagian pertama ialah latar belakang produksi di studio dan yang kedua ialah mengenai sambutan Upin & Ipin di Indonesia. Seperti kami di Les' Copaque dan peminat di Malaysia sudah sedia maklum mengenai sambutan hangat oleh peminat dari Indonesia terhadap Upin & Ipin tetapi ianya tidak pernah disampaikan di dalam bentuk visual. Oleh sebab itulah, Majalah 3 kali ini akan menayangkan bagaimanakah kehangatan Upin & Ipin di sana.

Bersama Audio Team pula
Arul (Mail) bersama idolanya Nurul Syuhada


Rakaman di Indonesia pula merangkumi beberapa agenda yang tidak kurang menariknya. Antaranya ialah lawatan ke rumah Ahmad Dhani sempena melihat penghasilan lagu soundtrack Upin & Ipin serta beberapa aktiviti bersama maskot Upin & Ipin bersama peminat di sana. Krew Majalah 3 ditemani oleh Kak Ros, Cikgu Jasmin dan Opah untuk sesi bertemu peminat di sana. Memang sambutan di sana sungguh luar biasa. Kalau nak tahu kenalah tengok rakamannya di TV3 nanti.
Bergambar ketika di Jakarta

Maskot Upin & Ipin ketika
tayangan siri baru Upin & Ipin di TPI, Jakarta


Ketika rakaman di rumah Tuan Haji Burhanuddin

Rakaman ketika sedang
berbincang dengan Opah

Rakaman ini akan ditayangkan di TV3 pada 17 April pukul 9 malam. Bagi sesiapa yang tak dapat melihat Majalah 3 melalui kacaTV bolehlah menontonnya melalui online di laman web www.tv3.com.my




Thursday, April 15, 2010

Upin & Ipin melawat Utusan


Gambar di atas merupakan screenshot dari laman web Utusan mengenai lawatan Upin & Ipin bersama kakitangan TV9 sempena ulang tahun Tv9 yang ke 4. Lawatan tersebut disambut dengan meriah oleh semua wartawan dan kakitangan Utusan. Terima kasih diucapkan dan ikuti laporan penuh lawatan ke Utusan ini nanti.

Wednesday, April 07, 2010

Majalah Komik Upin & Ipin Isu 4

Kak Ros teruja mempromosikan
Majalah Komik Upin & Ipin isu ke 4


Wah! nampaknya Majalah Komik Upin & Ipin isu ke 4 telahpun berada dipasaran. Walaupun agak terlewat sedikit ianya berada dipasaran di atas sebab-sebab teknikal namun majalah ini sangat ditunggu-tunggu oleh peminat setia Upin & Ipin. Pada isu ini, profil karektor yang diperkenalkan ialah watak Fizi. Banyak lagi fakta serta maklumat menarik selain dari certita dari komik Upin & Ipin. Cepat dapatkannya dipasaran.


Upin & Ipin in RTM Lava Kids



Yay, this time Upin & Ipin has been featured in RTM kids program called the Lava Kids. Come and watch this special episode which tell more about behind the scene of Upin & Ipin. Thank you to the all RTM crews for their support.