Thursday, September 24, 2009

Peraduan Mengira Oopet!

Dengan setiap pembeli DVD Geng Pengembaraan Bermula anda akan berpeluang menyertai "Peraduan Mengira Oopet" yang menawarkan pelbagai hadiah termasuklah hadiah utama iaitu percutian ke Disneyland Hong Kong. Borang peraduan boleh didapati di dalam setiap DVD original Geng. Tonton video promo Geng di bawah yang telahpun ditayangkan di TV9 baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut layari laman web Geng.



Wednesday, September 23, 2009

Upin & Ipin Istimewa Episod Raya


Assamualaikum kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Nampaknya pada hari raya kali ini pasti semua tidak melepaskan peluang menonton episod terbaru Upin & Ipin di kaca TV. Pada tahun ini, Les' Copaque Production juga turut menerbitkan episod istimewa sempena Hari Raya. Kepada penonton TV9 anda boleh menyaksikan 3 episod istimewa ini bermula pada 24/9 sehingga 26/9 pada pukul 5:30 petang. Peraduan Upin & Ipin dengan kerjasama Telekom Malaysia juga masih diteruskan. Kepada penonton TPI pula sila ikuti maklumat terkini siaran di laman web TPI ataupun secara terus di kaca TV. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Upin & Ipin.


Tuesday, September 22, 2009

Ceria Aidilfitri di Kosmo

Kepada semua peminat Upin & Ipin pasti sudah membaca artikel menarik sempena Aidilfitri di surat khabar Kosmo pada Aidilfitri pertama tempoh hari. Artikel mengenai Adik Nurfathiah serta Dato' Siti Nurhaliza yang pertama kali digandingkan ini, ditulis dengan begitu menarik dan unik sekali. Kepada yang terlepas mendapatkan naskah Kosmo ini anda masih boleh membacanya secara online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm . Terima kasih kepada penulis kosmo, Opie serta warga kerja Kosmo yang lain kerana berjaya menghasilkan artikel ini untuk dikongsi semasa pagi Syawal.

Nurfathiah bersama Dato' Siti Nurhaliza

Friday, September 18, 2009

Baju Raya Upin & Ipin

Assalamualaikum. Nampaknya pada tahun ini Upin & Ipin tidak melepaskan peluang beraya dengan baju baru. Jika pada tahun-tahun lepas, maskot Upin & Ipin hanya beraya dengan seluar pendek sahaja, namun pada tahun ini masing-masing telah lengkap dengan baju melayu, sampin serta songkok. Nampak segak dan comel pasti mereka berdua ini akan memeriahkan aktiviti beraya pada tahun ini. Baju raya yang siap pada minggu terakhir ini terus dipakai oleh Upin & Ipin untuk bergambar bersama-sama staff Les' Copaque sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman untuk beraya nanti.

Upin bersedia untuk bergambar
Upin & Ipin berkumpul bersama staff Les' Copaque
Upin bergambar bersama staff wanita Les' Copaque

Upin dengan baju melayu bewarna kuningnya manakala Ipin yang berbaju melayu biru bergilir-gilir bergambar bersama-sama. Ini juga merupakan pertama kali staff Les' Copaque sendiri bergambar bersama maskot Upin & Ipin dengan pakaian raya. Di dalam seronokkan bergambar di ruang hadapan studio Les' Copaque, sempat juga beberapa pengunjung yang kebetulan berada di situ untuk beramah mesra dengan dua beradik ini.

Upin & Ipin sempat bersalam dengan peminat di dalam kereta
Upin & Ipin bersalam diantara satu sama lain

Staff Les' Copaque bergambar bersama maskot Upin & Ipin

Ipin bersama staff Les' Copaque yang juga berbaju berwarna biru.
Usamah Zaid meminta maaf daripada Upin & Ipin

Kesemua staff Les' Copaque bergambar di hadapan studio

Dikesempatan ini, Les' Copaque Production mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua peminat setia Upin & Ipin. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman. Jangan lupa menyaksikan siri baru Upin & Ipin di Aidilfitri ini dan nantikan aktiviti yang lebih menarik bersama maskot Upin & Ipin selepas cuti hari raya nanti.

Lawatan Upin & Ipin di HUKM

Sempena bulan yang mulia ini, Upin & Ipin tidak ketinggalan melawat pesakit kanak-kanak di wad HUKM sebagai salah satu cara menceriakan Aidilfitri mereka. Selain dapat berjumpa dengan maskot Upin & Ipin, kanak-kanak ini diberi hadiah cenderamata barangan Upin & Ipin sebagai buah tangan untuk Aidilfitri nanti. Saksikan video di bawah yang diambil dari laman web Star Online.




Thursday, September 17, 2009

Berbuka Puasa di Saujana

Pada bulan Ramadhan kali ini kakitangan Les' Copaque Production juga tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama-sama. Kali ini lokasi berbuka puasa yang telah dipilih ialah Saujana Resort Shah Alam. Terletak kurang 10 minit dari studio Les' Copaque sememangnya destinasi berbuka puasa pada tahun ini sangat unik dan menarik. Lebih kurang 80 orang kakitangan termasuk sahabat handai turut memeriahkan majlis berbuka puasa pada kali ini.

Antara menu yang disediakan

Rata-rata dari warga kerja Les' Copaque juga tidak melepaskan peluang bersantai bersama-sama setelah mengharungi pelbagai deadline ketika menyiapkan kerja masing-masing di studio. Dengan jumlah yang agak ramai, kakitangan Les' Copaque sahaja sudah kelihatan seolah-olah mengawal sebahagian dari sudut berbuka puasa di situ. Tidak lupa beberapa pelakon suara juga dijemput untuk memeriahkan majlis ini termasuklah keluarga adik Nurfatiah bersama adik Hasrul iaitu pelakon suara bagi watak Mail.

Bergambar sebelum sebarang acara
sudah menjadi rutin biasa
Beberapa warga kerja Les' Copaque sedang
menunggu waktu berbuka


Antara kakitangan Les' Copaque yang tidak
melepaskan peluang bergambar

Hasrol bersama keluarga Fathiah bersedia
untuk berbuka puasa

Apa yang menariknya di Saujana, ialah suasana berbuka di sini. Berbuka di sebelah kolam renang dan pilihan makanan yang sungguh enak membuatkan masing-masing terlupa mengenai soal kerja sebentar. Menyediakan pelbagai pilihan dari makanan western hinggalah ke tempatan dan beberapa menu utama yang menjadi pilihan ialah kambing panggang, pari bakar, ketam serta popiah.

Doa berbuka puasa

Masing-masing bersedia untuk berbuka puasa
Antara menu makanan
Buah-buahan juga tidak ketinggalan

Selain menjamu juadah berbuka, majlis berbuka kali ini juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta gurau senda oleh pengerusi majlis iaitu saudara Afiq. Cabutan bertuah yang sebahagian darinya ditaja boleh World Of Geng ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan warga kerja. Dari hadiah sekecil bantal sehinggalah kepada sebesar hamper dihadiahkan kepada warga kerja yang bertuah dan bernasib baik.

Tn Haji Burhanuddin ketika menyampaikan ucapan

Afiq petah mengendalikan majlis

Ijat bertuah memenangi bantal Upin
Aina antara bertuah memenangi hamper besar

Warga Les' Copaqye bergambar bersama-sama

Alhamdullilah majlis berbuka puasa tempoh hari berjalan dengan lancar dan meriah. Diharapkan semua warga kerja Les' Copaque akan lebih bersemangat menghasilkan animasi yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Selamat Hari Raya kepada semua warga kerja Les' Copaque serta semua peminat setia yang mengikuti perkembangan syarikat sejak dulu lagi.

Thursday, September 10, 2009

Malam Bersama Upin & Ipin

Pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan 12 September 09, Les Copaque Production dengan kerjasama Geng's Corner akan menganjurkan "Malam Bersama Upin & Ipin". Malam yang bertujuan untuk menyemarakkan tayangan Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di TV9 disepanjang bulan Ramadhan ini juga memberi peluang kepada semua peminat untuk berjumpa dengan pelakon suara utama Upin & Ipin iaitu adik Nurfathiah dan Ida Shaheera (Kak R0s). Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuklah tayangan eksklusif episod Upin & Ipin serta filem Geng. DVD filem Geng : Pengembaraan Bermula yang telah mula dijual dipasaran juga boleh didapati pada malam tersebut dengan harga promosi.

Malam Bersama Upin & Ipin ini terbuka kepada semua peminat namun tempat untuk berbuka adalah terhad. Sila membuat tempahan untuk berbuka secara terus kepada En. Zahir (012 - 240 8015). Kepada yang tidak berkesempatan untuk berbuka bersama-sama, anda masih boleh memeriahkan malam ini dengan menghadiri aktiviti selepas waktu berbuka. Sila rujuk jadual aturcara. Terima kasih dan jumpa anda semua Sabtu ini. Salam Ramadhan.



Wednesday, September 09, 2009

Eksklusif Interview di Bluehyppo.com

Kepada semua peminat Upin & Ipin tidak kira di manapun anda berada, kini anda boleh menyaksikan video temuramah eksklusif pelakon suara Upin & Ipin di laman web www.bluehyppo.com. Bukan sahaja anda dapat menyaksikan video temuramah bagi pelakon - pelakon suara malahan anda juga berpeluang menyaksikan tenaga dibelakang tabir Upin & Ipin menceritakan pengalaman masing-masing. Video yang dikemas kini setiap minggu ini juga merupakan video eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana lagi. Jangan lepaskan peluang ini. Disamping itu jangan ketinggalan menyertai peraduan Upin & Ipin yang sedang berlangsung ini. Saksikan Upin & Ipin pada pukul 5:30pm di TV9 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.


Saturday, September 05, 2009

Book your ticket now!

Poster GENG

Filem Geng : Pengembaraan Bermula yang juga dikenali sebagai Geng Upin & Ipin telahpun mula ditayangkan di Indonesia secara rasminya pada hari ini. Kepada peminat di Indonesia anda sudah boleh mula membuat tempahan tiket secara online di http://blitzmegaplex.com/. Dengan setiap pembelian 4 tiket anda akan diberikan hadiah beg tote secara percuma. Terima kasih di atas sokongan anda dan diharapkan filem Geng mendapat sambutan yang baik dari peminat di sana. Sebarang pertanyaan mengenai jadual tayangan serta tiket bolehlah diajukan terus kepada blitzmegaplex.

Laman web blitzmegaplex sudah mula menayangkan poster Geng

Friday, September 04, 2009

Tayangan Geng di Indonesia

Tayangan filem animasi Geng : Pengembaraan Bermula akan mula ditayangkan di rantau Indonesia bermula dari 5 September 2009. Filem yang ditayangkan di bawah blitmegaplex ini akan memulakan tayangan di beberapa buah pawagam termasuklah Paris Van Java (Bandung) dan Teraskota (Serpong). Untuk maklumat lanjut dan penempahan tiket secara online sila layari http://blitzmegaplex.com


Thursday, September 03, 2009

Episod Upin & Ipin sempena Merdeka

Sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke 52, jangan lepaskan peluang menyaksikan episod khas yang bertajuk Kami 1Malaysia pada 8 dan 9 September nanti. Selain itu jangan lupa menyaksikan sambungan episod Istimewa Hari Ibu dan menyertai peraduan Upin & Ipin yang dianjurkan bersama Telekom Malaysia. Episod ini sudah tentu boleh disaksikan di saluran TV9, Dihatiku.

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Wednesday, September 02, 2009

Rating Upin & Ipin di Indonesia

Alhamdullillah kerana sambutan yang diterima terhadap tayangan siri animasi Upin & Ipin di Indonesia bermula awal Ramadhan lalu mendapat sambutan hangat. Dilaporkan siri Upin & Ipin yang disiarkan melalui TPI ini mendapat rating 10.5 juta penonton yang juga turut disiarkan sebanyak 2 kali dalam satu hari. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh penonton dan peminat dari Indonesia. Nantikan tayangan filem Geng : Pengembaraan Bermula di sana sedikit masa lagi. Sementara itu, selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang tenang dan ceria. Assalamualaikum.