Monday, August 24, 2009

Tonton Upin & Ipin secara online di TV9


Selain peminat boleh menonton Upin & Ipin melalui laman web rasmi Upin & Ipin, kini peminat juga boleh menonton secara online menerusi laman web TV9. TV9 yang juga telah menyediakan webpage khas Upin & Ipin ini menyajikan episod Upin & Ipin yang lepas-lepas. Sila layari laman web rasmi TV9 iaitu http://www.tv9.com.my untuk maklumat lanjut. Selamat berpuasa~


Waktu tayangan Upin & Ipin di stesyen TPI Indonesia

Hi, apa khabar semua? Ini berita gembira khas buat teman-teman di Indonesia. Upin & Ipin sedang ditayangkan di stesyen TPI di Indonesia setiap hari pada pukul 16.30-16.40 WIB. Jangan lupa saksikan Upin & Ipin pada bulan Ramadhan ini! Semoga terhibur.

Sila layari laman web TPI untuk maklumat lanjut.




Kuiz Soal Jawab Upin & Ipin Bersama TM

Pengumuman kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Pada 24, 25 dan 26 Ogos ini TV9 akan menayangkan episod baru Upin & Ipin pada pukul 5.30 petang. Bukan itu sahaja, tetapi penonton juga berpeluang menyertai kuiz yang akan diadakan diakhir setiap episod. Penonton hanya perlu menelefon nombor telefon yang tertera di kaca TV dan jawab soalan mudah serta lengkapkan slogan.

Kuiz Upin & Ipin bersama Telekom Malaysia ini akan ditutup pada setiap 10 malam dan pemenangnya akan diumumkan pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut sila layari Bluehyppo.com

Berikut ialah jadual tayangan Upin & Ipin pada minggu ini :

Isnin ( 24 Ogos ) : Kembara Ke Pulau Harta Karun (Bahagian 2)
Selasa (25 Ogos ) : Kembara Ke Pulau Harta Karun (Bahagian 3)
Rabu (26 Ogos) : Istimewa Hari Ibu (Bahagian 1) [Kuiz ditutup pada pukul 10 malam]
Khamis (27 Ogos) : Ulangan
Jumaat (28 Ogos) : Ulangan
Sabtu (29 Ogos) : Ulangan
Ahad (30 Ogos) : Tayangan Marathon (3 episod) [Pemenang diumumkan ]





Thursday, August 20, 2009

Saksikan Upin & Ipin Musim Baru di TV9

Saksikan Upin & Ipin episod terbaru bermula 24 Ogos 2009 ini pada pukul 5.30pm setiap hari di TV9. Episod baru yang masih belum ditayangkan lagi ini juga secara eksklusifnya boleh ditonton secara tayangan ulangan di laman web BlueHyppo. Untuk musim terbaru ini, peminat bukan sahaja akan disajikan dengan kisah yang lebih lucu serta mencuit hati tetapi juga berpeluang memenangi hadiah menerusi Kuiz Soal Jawab Upin & Ipin yang dibawa oleh TM. Nantikan maklumat lanjut mengenai kuiz ini di laman web Upin & Ipin serta laman web BlueHyppo.


Monday, August 17, 2009

Les Copaque 3D Modeling Short Course/ MSC Malaysia Job Camp Training 2009

LCP Animation Training Centre is now accepting applications for the 10th batch of students for our 3D Modeling Short Course! The course will be starting tentatively in October. Apply now!! Visit the LCP Training Center website for more info.


Friday, August 14, 2009

Join Upin & Ipin Facebook

Upin & Ipin on Facebook

Kepada semua peminat setia Upin & Ipin marilah sertai Fan's Page Upin & Ipin di dalam Facebook yang telah mempunyai lebih 18, 000 ahli. Pelbagai updates serta maklumat terkini akan disertakan di Facebook nanti. Sertailah dan meriahkan Facebook Upin & Ipin bersama-sama.

Tuesday, August 11, 2009

Dapatkan Poster Esklusif Nuri Bersama Upin & Ipin

Berita baik kepada semua peminat kecil Upin & Ipin. Kini dengan kerjasama Bank Rakyat, setiap simpanan kurang dari RM100 ke dalam akaun Kelab Nuri akan diberi poster eksklusif Nuri bersama Upin & Ipin secara percuma. Tawaran ini sah di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kelabnuri.com.my.