Wednesday, July 29, 2009
Trailer "Geng" dalam bahasa Hindi!
Pengembaraan filem "Geng" akan diteruskan ke Indonesia pada bulan September dan akan disusuli pula dengan tayangan di India pada bulan Oktober nanti. Saksikan trailer "Geng" yang telah dialih suarakan ke bahasa Hindi. Usaha ini merupakan kerjasama antara Les Copaque dan IndiaTales.
Tuesday, July 28, 2009
Keren banget!
Hari Jumaat lepas saya, Yuki, Ah Wei, Tiah (pelakon suara Upin & Ipin) dan ibu bapanya berlepas ke Jakarta bagi menghadiri Kids Film Festival yang buat julung kalinya diadakan di Indonesia. Acara ini dilangsungkan bersempena Hari Kanak-Kanak di Indonesia dan berlangsung dari 17 sehingga 26 Julai. Di festival filem ini, Geng: Pengembaraan Bermula adalah antara filem-filem yang bertanding. Acara ini diadakan khusus oleh kanak-kanak dan untuk kanak-kanak. Antara filem-filem yang berentap bersama Geng:Pengembaraan Bermula adalah The Happiness of Kati (Pada hari pertama kami di sana, kami telah dijemput hadir ke tayangan filem Geng: Pengembaraan Bermula di Cinema 21, Jakarta. Ramai yang hadir di tayangan tersebut dan majoritinya tergolong dalam lingkungan 15 tahun ke bawah. Ternyata berbezaan bahasa tidak menghalang mereka daripada terhibur dengan gelagat Upin & Ipin yang beraksi dalam Geng.


Pada malamnya, kami bersama-sama Tiah sekeluarga telah dijemput hadir ke Kontes Dangdut TPI atau singkatannya KDI. KDI adalah sebuah rancangan seperti Akademi Fantasia di Malaysia tetapi khusus untuk genre dangdut. Di sana, Tiah dengan diiringi maskot Upin & Ipin dijemput untuk mempromosikan tayangan siri Upin & Ipin yang akan ditayangkan di stesyen televisyen TPI pada Ramadhan kelak.
Pada keesokkan harinya, kami dijemput ke Blitz Megaplex bagi menghadiri majlis penutup untuk Kids Film Fest 2009. Majlis ini dimulakan dengan persembahan live oleh sebuah band yang terdiri dari kanak-kanak. Telah diumumkan separuh dari hasil jualan tiket tayangan filem-filem yang ditandingkan akan didermakan ke tabung Unicef.
Dalam majlis ini, Geng: Pengembaraan Bermula telah diumumkan sebagai pemenang kategori "Viewers Choice Award". Ini satu penghormatan besar buat kami dan untuk kesempatan ini kami mengucapkan terima kasih. Majlis ini diakhiri dengan tayangan filem 3d animasi muzikal sulung Indonesia bertajuk Meraih Mimpi.
Terima kasih diucapkan kepada Ibu Rina Novita, TPI, Cinema 21 dan Blitz Megaplex yang telah sudi menjemput kami ke sana.
Wednesday, July 22, 2009
Jumpa Upin & Ipin di Utara
Berita baik untuk warga utara lebih-lebih lagi kepada warga Kedah. Untuk pertama kalinya Les' Copaque akan naik ke utara untuk memeriahkan Festival Kedah Sejahtera. Kami akan memeriahkan festival ini bermula dari 24 sehingga 26 Julai 2009. Selain berpeluang mendapatkan barangan Upin & Ipin anda juga berpeluang untuk beramah mesra bersama maskot Upin & Ipin.Selain itu, pada 25 Julai 2009 pula, maskot Upin & Ipin akan berkunjung di USM, Pulau Pinang untuk memeriahkan karnival Heboh Buku. Acara ini selain dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Upin & Ipin pengunjung juga berpeluang membeli patung Upin & Ipin dengan harga promosi.
Serentak dengan itu, iaitu bermula pada 24 hingga 26 Julai akan dilangsungkan Hari Pengguna Malaysia di Padang MPK 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sambutan Hari Penguna peringkat kebangsaan ini selain dimeriahkan dengan jualan barangan tempatan karnival ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Monday, July 20, 2009
Upin & Ipin menang di SHOUT! Awards
Nurfathiah, Faiz ( Wakil TV9) bersama maskot Upin & Ipin ketika naik menerima award
(gambar credits www.bloghiburan.com)
Pada malam 17 Julai yang lalu telah berlangsungnya malam anugerah Shout! Awards dengan meriahnya di Stadium Putra Bukit Jalil. Walaupun pertama kali diadakan namun begitu ramai peminat serta pengunjung telah membanjiri bukit jalil seawal petang lagi. Upin & Ipin pada malam tersebut telah berjaya memenangi Best On Screen Chemistry Awards. Jutaan terima kasih kepada semua peminat yang telah mengundi dan memberi sokongan sehingga berjaya memenangi awards ini. Saksikan video di bawah ketika Fahtiah menerima awards pada malam tersebut.
Thursday, July 16, 2009
Tayang GENG di Coliseum
Sempena Filem Festival Malaysia yang akan berlangsung nanti, FINAS akan membuat tayangan filem GENG : Pengembaraan Bermula di Panggung Coliseum yang terletak di Jalan TAR. Tayangan pada 18 Julai ini akan bermula pada 12 tengahari dan terbuka kepada orang ramai. Selain dari berjumpa dengan maskot Upin & Ipin, pengunjung juga akan dapat membeli barangan cenderatama filem GENG. Kepada semua peminat jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan acara ini.Tempat : Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Tarikh : 18 Julai 2009
Masa : 12 t/hari
Tarikh : 18 Julai 2009
Masa : 12 t/hari
Wednesday, July 15, 2009
Temui Pelakon - Pelakon Suara Upin & Ipin Hujung Minggu ini
Berita baik kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Pada 17 - 19 pelakon-pelakon suara utama bagi siri Upin & Ipin akan membuat penampilan dibeberapa acara berasingan. Pada 17 Julai, Kak Ros ( Ida Shaheera) akan berada di PWTC untuk acara National Bumiputra Entrepreneur Conference & Exhibition 2009. Manakala pada 19 Julai pula dilokasi yang sama Kak Ros akan ditemani Upin/Ipin (Nur Fathiah) untuk membuat penampilan istimewa bersama-sama pengunjung. Pada hari ini juga Kak Ros akan menganjurkan pertandingan mewarna terbuka bagi kanak-kanak. National Bumiputra Entrepreneur Conference & Exhibition 2009 atau NBECE 09 ini diadakan selama 3 hari bermula dari 17 sehingga 19 Julai dan menyaksikan Tuan Haji Burhanuddin iaitu Pengarah Urusan Les' Copaque Production akan memberi ceramah pada hari pertama acara ini iaitu hari Jumaat pada pukul 10 pagi.Pada hari Sabtu 18 Julai ini pula, Kak Ros bersama Upin/Ipin akan berada di Karnival Ampang Jaya 2009 yang akan dilangsungkan di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandah Indah. Karnival Ampang Jaya ini juga berlangsung selama 3 hari bermula dari 17 Julai. Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan selain jualan barangan Upin & Ipin serta kemunculan maskot Upin & Ipin. Karnival ini mula dibuka seawal 9 pagi dan ditutup sekitar 10malam. Kepada semua peminat yang duduk dikawasan yang berhampiran jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara ini dan berjumpa dengan pelakon-pelakon suara Upin & Ipin.
Monday, July 13, 2009
Upin & Ipin di Suarasa Muar
Pertama sekali, Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Muar yang telah bersama-sama memeriahkan Suarasa Muar yang telah dilangsungkan di Dataran Tanjung Mas, Muar tempoh hari. Sememangnya satu sambutan dan kehangatan yang berbeza terasa di Suarasa Muar. Pertama kali memperkenalkan produk terbaru iaitu plush toy Upin & Ipin di sini bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa bahkan diluar jangkaan. Plush toys Upin & Ipin saja hampir kehabisan stok pada hari pertama lagi.
En Bukhari Che Muda (Ketua Pengarah Operasi TV9) sempat melawat booth kami dan melihat sendiri produk terbaru ini. Beliau amat gembira dengan plush toys ini dan mencadangkan untuk melebihkan lagi promosi.
En Bukhari Che Muda (Ketua Pengarah Operasi TV9) sempat melawat booth kami dan melihat sendiri produk terbaru ini. Beliau amat gembira dengan plush toys ini dan mencadangkan untuk melebihkan lagi promosi.
Ketika sesi jualan barangan Upin & IpinSelain dari itu, maskot Upin & Ipin sudah tentu merupakan salah satu tarikan di Suarasa. Maskot Upin & Ipin membuat beberapa kali kemunculan di pentas Adik di 9 bersama pengacara cilik iaitu Fimi dan Ain. Setiap kali kemunculan maskot Upin & Ipin pasti ditunggu-tunggu oleh peminat kecil walaupun di dalam keadaan hujan. Rata-rata peminat kecil mahupun dewasa, amat gembira dapat berjumpa dengan karakter kesukaan mereka. Selain itu, maskot Upin & Ipin juga sempat bersama-sama memeriahkan beberapa lintas langsung untuk TV9 dan memeriahkan beberapa booth seperti booth Celcom dan TV9 sendiri.
Upin & Ipin ketika recording untuk Kawan di 9 (K9)Terima kasih sekali lagi kepada warga Muar yang memberikan sokongan dengan membeli produk original Upin & Ipin. Terima kasih juga kepada semua kakitangan TV9 yang banyak membantu sepanjang Suarasa ini diadakan. InsyaAllah selepas ini destinasi Suarasa ialah di Ipoh, Perak.
Vote Upin & Ipin @ Shout Awards
Kepada yang belum tahu, Upin & Ipin telah dicalonkan di dalam Shout Awards di dalam kategori "TV & Film Best On Screen Chemistry Award". Kepada semua peminat setia Upin & Ipin anda boleh mengundi Upin & Ipin dengan menghantar SHOUT http://www.8tv.com.my/shoutawards/
Video di bawah pula ialah video promo oleh Nurfathiah mengenai Shout Awards! . Jangan lupa mengundi.
Thursday, July 09, 2009
Laman web baru World Of Geng
Laman web World Of Geng telahpun diubah kepada layout versi baru yang lebih ceria dan menarik. Laman web tersebut boleh dilayari di http://www.worldofgeng.com. Pembelian secara online telahpun dibuka semula untuk kemudahan semua pelanggan.
Serentak dengan penukaran laman web baru ini, nama World Of Geng juga akan ditukar kepada "U & I" secara peringkat berperingkat. Diharapkan perubahan baru ini akan dapat memberikan imej yang lebih segar dan kami sedia menerima segala pendapat ataupun pandangan anda. Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan barangan Upin & Ipin, sila emelkan kepada wog@lescopaque.com .Upin & Ipin di Hari Keluarga Petronas
Bertempat di PERMATA Bangi, Hari Keluarga Petronas telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun yang lalu. Les' Copaque Production bersama Upin & Ipin dijemput untuk bersama-sama menjayakan acara yang gemilang ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan seperti permainan gokart, futsal, permainan sains, konsert, tayangan dan macam-macam lagi. Maskot Upin & Ipin juga telah turun pada hari tersebut untuk memeriahkan lagi acara ini.
Walaupun maskot Upin & Ipin hanya sempat membuat penampilan dalam masa yang singkat, namun ramai peminat setia Upin & Ipin yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama. Cuaca yang panas menyebabkan Upin & Ipin terpaksa direhatkan lebih awal untuk persembahan pentas pada sebelah tengaharinya nanti. Serentak dengan penampilan maskot ialah penjualan barangan Upin & Ipin. Berkonsepkan gerai, penjualan barangan original Upin & Ipin turut mendapat perhatian lebih-lebih lagi setiap kali tamat penampilan maskot Upin & Ipin.
Sesi jualan barangan Upin & IpinPada sebelah tengaharinya pula, seperti yang telah dirancang maskot Upin & Ipin membuat persembahan di pentas utama. Persembahan kali ini akan diadakan bersama-sama dengan maskot Petrosains yang di bawa khas dari KLCC. Persembahan yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat terutamanya kanak-kanak ini, diacarakan oleh Zizan dan Johan. Walaupun pertama digandingkan, namun semua maskot yang berada di atas pentas berjaya memukau penonton dengan tarian comel mereka. Bagaikan artis, nama Upin & Ipin sering kedengaran dipanggil sepanjang persembahan diadakan.
Persembahan yang tamat sekitar 30 minit ini sedikit sebanyak berjaya memeriahkan acara pada hari tersebut. Pada malamnya pula, Hari Keluarga Petronas ini disambung dengan konsert oleh artis tempatan. Terima kasih kepada semua kakitangan Petronas yang banyak membantu pada hari acara berlangsung.
Karnival Bank Rakyat, Tanjung Karang
Pada 27 dan 28 Jun lepas Les' Copaque Production telah menyertai Karnival Bank Rakyat yang diadakan di Tanjung Karang. Karnival yang pertama kali disertai oleh Les' Copaque ini merupakan karnival yang sering kali dianjurkan oleh Bank Rakyat untuk mendekatkan dengan rakyat. Kami bermula dengan jualan barangan Upin & Ipin yang mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk di Tanjung Karang.
Sambutan bertambah hangat apabila kami menurunkan maskot Upin & Ipin pada hari Ahad untuk memeriahkan lagi acara. Maskot Upin & Ipin yang juga pertama menjejakkan kaki di sini diserbu peminat sebaik sahaja kelibat mereka kelihatan. Kebanyakkan peminat mengambil kesempatan untuk bergambar serta bersalaman dengan maskot kembar ini. Pada hari tersebut juga secara kebetulan maskot Upin & Ipin sempat bergambar bersama dengan wakil VIP dari Bank Rakyat. Selain itu juga, pada hari Sabtu, telah berlaku majlis penyampaian sijil tanda Upin & Ipin telah menjadi rakan Kelab Nuri.
Maskot Upin & Ipin juga kemudiannya digabungkan dengan maskot Bank Rakyat iaitu Nuri bersama-sama ahli kelab Nuri yang lain. Walaupun berada di dalam acara Bank Rakyat namun populariti Upin & Ipin amat ketara dan nama Upin & Ipin sering disebut dikalangan peminat - peminat kecil. Maskot Upin, Ipin dan Nuri menghiburkan semua pengunjung serta ahli Kelab Nuri ini dengan persembahan tarian serta kuiz yang dianjurkan sendiri oleh wakil dari Bank Rakyat.
Begitu banyak sekali adik-adik kecil yang mengambil serta berinteraksi di dalam acara ini. Ternyata sekali gabungan pertama kali dengan maskot Nuri serta pengawalan yang baik oleh juruacara membuatkan rata-rata pengunjung amat terhibur dengan persembahan mereka. Setelah selesai acara kuiz serta tarian semua pengunjung diberi peluang untuk bersalam dengan maskot kesayangan mereka.
Walaupun hanya separuh hari berada di sini, namun diharapkan pengunjung Karnival Bank Rakyat telah berpuas hati dengan penampilan maskot Upin & Ipin yang telah dianjurkan. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang telah memberi kerjasama serta bantuan semasa acara ini berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























