Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia yang telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 24 - 28 Jun 2009 merupakan salah sebuah platform mengabungkan semua produk buatan Malaysia di bawah satu bumbung. Ekspo yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre ini mendapat sambutan hangat terutama sekali dari warga Kuala Lumpur.
Banner Ekspo Mega Beli Barangan MalaysiaLes' Copaque Production bersama Upin & Ipin tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan produk serta animasi terkini yang dihasilkan disepanjang acara ini berlangsung. Kebanyakkan gerai-gerai jualan menjual dengan harga promosi dan murah untuk menarik minat serta mempromosikan produk masing-masing. Begitu juga dengan barangan Upin & Ipin yang dijual dengan harga paling rendah yang pernah dijual sebelum ini.
Ekspo ini juga pasti tidak lengkap sekiranya tiada maskot Upin & Ipin membuat penampilan. Maskot Upin & Ipin muncul di pentas utama sambil diiringi oleh adik kecil Krisha yang berusia 5 tahun yang turut menyanyikan beberapa lagu. Penampilan maskot serta adik Krisha sememangnya berjaya menarik perhatian ramai pengunjung yang pertama kali melihat aksi mereka di atas pentas.
Pengunjung menyaksikan persembahan Maskot Upin & Ipin juga berkesempatan untuk berjalan-jalan disekitar ruang Ekspo dan kelibat mereka berdua memang menarik perhatian orang ramai. Rata-rata pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar serta beramah mesra dengan maskot kembar ini. Terima kasih kepada KPDNKK kerana menjemput Les' Copaque untuk bersama-sama menjayakan ekspo ini.












































