Seperti yang telah dijanjikan, akhirnya krew produksi dan Upin & Ipin menjejakkan kaki di negeri Kelantan untuk acara Suarasa anjuran TV9. Walaupun, tidak pernah bertandang di negeri che siti wan kembang tetapi ternyata sekali peminat Upin & Ipin di negeri ini tidak kurang hebatnya. Suarasa yang bermula pada hari Jumaat (1 Mei) iaitu hari cuti untuk negeri Kelantan ini dimeriahkan oleh pelbagai persembahan dari booth-booth yang terlibat seperti booth TV9, Adik di 9, Al-Risalah, Fair & Lovely, Celcom dan banyak lagi. Keseluruhan Suarasa di sini diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mahmud IV.

Pada hari pembukaan, booth Upin & Ipin iaitu di booth Adik di 9 dimeriahkan dengan kunjungan oleh Ketua Pengarah Operasi, Bukhari Che Muda. Menurut beliau, Upin & Ipin merupakan salah sebuah animasi tempatan yang sangat berjaya dan telah menjadi salah satu animasi utama di TV9. Pada minggu lepas sahaja, Upin & Ipin disiarkan selama 90 minit melalui slot Upin & Ipin Marathon dan telah berjaya mengutip jumlah penonton sebanyak 1.5 juta.

Bukhari Che Muda ketika memberi ucapan di booth Adik di 9Booth Adik di 9 ini dihoskan oleh pengacara Adik di 9 sendiri iaitu adik Ain dan Fimi(Pelakon drama Bong). Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti permainan, kuiz dan kemuncaknya ialah penampilan maskot Upin & Ipin. Kebanyakkan pengunjung yang memang menantikan kemunculan maskot Upin & Ipin ini tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot kegemaran mereka. Jumlah pengunjung yang memeriahkan booth ini memang berada diluar jangkaan dan kebanyakkan dari mereka amat teruja dengan kemunculan Upin & Ipin. Boleh dikatakan kesemua peminat kecil yang datang di Suarasa berpakaian baju cetak rompak Upin & Ipin yang memang begitu mudah didapati di kawasan ini. Namun begitu, ianya tidak melemahkan semangat kami untuk menjual barangan original Upin & Ipin pada kedua-dua hari Suarasa di sini.

Kemunculan maskot memeriahkan suasana
Salah seorang peminat kecil yang begitu teruja dengan maskot Upin & Ipin
Aktiviti jualan barangan Upin & IpinSelain aktiviti di sekitar booth Adik di 9, Upin & Ipin juga turut memeriahkan Suarasa di booth TV9 dan penganjur Suarasa iaitu Celcom. Dengan pengunjung yang terlalu ramai, kerjasama dari pihak polis serta pihak pengurusan telah melancarkan aturcara program. Upin & Ipin juga muncul dibeberapa lintas lansung TV9 yang mempromosikan Suarasa yang sedang berlangsung ketika itu.
Upin & Ipin bersama beberapa pengacara TV9 ketika lintas langsung.
Upin & Ipin ketika memeriahkan booth CelcomDiharapkan dengan kemunculan Upin & Ipin di Suarasa Kelantan ini sedikit sebanyak dapat mengubati rindu peminat di bahagian pantai timur. Ribuan terima kasih juga diberikan kepada semua krew TV9 yang banyak memberi kerjasama dan sokongan ketika Suarasa ini berlangsung. InsyaAllah, Upin & Ipin akan terus muncul di acara Suarasa yang lain pula. Ikuti blog ini untuk maklumat terkini.