Thursday, February 26, 2009

OH NEGARA KU



Hari Rabu yang lalu genaplah 2 minggu filem Geng ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Kutipan seluruhnya untuk 2 minggu yang pertama in telah mencecah RM 4.09 juta, satu pencapaian yang memberansangkan. Kutipan minggu kedua ini menyaksikan penurunan sebanyak 18% dari kutipan minggu sebelumnya. Ini sesuatu yang jarang disaksikan oleh filem-filem tempatan yang biasanya mengalami penurunan kutipan yang mendadak disebabkan oleh khabar berita dari mereka yang telah menonton filem tersebut. Atok mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem cucu Atok ni, terutama mereka yang telah menonton berkali-kali tu. Pagi tadi ada kawan Atok yang beritahu, nenek dia yang berumur 82 tahun ingin menonton filem ini dan dia sudah pun membuat tempahan untuk menonton hujung minggu ini...peminat setia Upin dan Ipin nenek tu.

Setelah tamat sahaja sekim wajib tayang selama dua minggu, semua pengusaha panggung telah mengurangkan jadual tayangan filem ini dan mengalihkan nya dari panggung yang besar ke panggung yang lebih kecil. Alasan mereka, banyak filem baru dari luar negara masuk dan mereka tiada pilihan selain mengurangkan tayangan filem Geng. Setelah di congak, langkah ini sudah tentu akan menjejaskan kutipan kami dan sasaran yang kami tetapkan sudah tentu tidak akan tercapai. Ini belum mengambil kira bagaimana kecewanya peminat filem ini kerana tidak dapat tiket untuk tontonan hujung minggu ini. Atok mengadu kepada pengedar kami yang kebetulan menjadi Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia. Atok amat kecewa apabila diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tayangan filem adalah tergantung kepada budi bicara pengusaha panggung wayang. Atok hairan, apabila sesebuah karya yang indah, yang begitu menonjolkan ciri-ciri rakyat Malaysia, dan menjadi kebanggaan rakyat kita harus memberi laluan kepada karya dari luar negara yang tidak mendapat sambutan hangat jika di bandingkan dengan filem Geng. Atok telah mempersoalkan sekurang-kurang nya,dimana kah business sense pengusaha tersebut jika kita tidak mahu menyentuh semangat petrotisma mereka. Malang sekali bagi Mr. Presiden yang tidak berani berhujah dengan pengusaha panggung untuk memepertahankan karya anak bangsa mereka yang boleh mengaut keuntungan bagi pengusaha tersebut dikekalkan tayangannya. Perkara yang begini bukan selalu kita alami dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada karyawan filem dan harus diperjuang dengan pengusaha panggung atau taukeh panggung itu.

Akhirnya Atok telah mengambil keputusan untuk menarik balik semua tayangan filem Geng dari semua panggung mulai semalam sekiranya mereka tidak mengubah jadual tayangan dan mengekalkan panggung yang besar untuk tayangan tersebut. Dengan ancaman tersebut, barulah semua taukeh panggung berkokok dan berjanji untuk menukar jadual tayangan dan pemilihan panggung untuk tayangan. Mereka juga berhasrat untuk bertemu Atok samaada hari Isnin atau selasa untuk membincangkan jadual tersebut dimana perkara ini tidak pernah terjadi. Biasanya, penerbit filem tidak berpeluang berjumpa dgn taukeh-taukeh ini dan terserah kepada mereka untuk menentukan apa yang mereka ingin tayangkan. Khabarnya salah seorang pengurus jadual tayangan telah jatuh sakit hari ini kerana pening untuk menjadualkan kembali filem Geng. Hari ini, Atuk telah memberi amaran sekali lagi kepada mereka , sekiranya tidak ada perubahan jadual dan mengecewakan peminat, Atuk akan menarik balik semua tayangan mulai minggu depan.

Inilah negara ku, kita kena meminta-minta seperti orang asing kepada mereka untuk menayangkan filem kita. Sedangkan filem Geng telah mengalahkan kutipan semua filem antarabangsa dan tidak ada sebab untuk mereka mengabaikan filem ini, kerana mereka mengaut keuntungan yang besar. Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini. Bagi Atuk, kita mesti berani dan berkorban demi menjaga maruah kita.

Sama-sama kita tunggu apa langkah yang mereka akan ambil. Kepada peminat, silalah penuhkan panggung supaya Atuk dapat memperbetulkan keadaan dalam industri filem kita. Selama ini mereka asyik menyalahkan filem kita yang tidak dapat membawa pulangan kepada mereka dan boleh mengambil langkah sesuka hati mereka. Ini negara kita, sudah tentulah kita harus mempunyai suara apa yang patut kita pertonton kan kepada rakyat kita.

Atok...memang mengharapkan sokongan dari semua peminat.

Tuesday, February 24, 2009

Roadtour GENG ke Utara dan Selatan

Setelah menerima respon yang amat baik dari peminat GENG sekitar lembah klang, kali ini roadtour GENG akan ke Utara dan Selatan pula secara serentak. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama krew-krew Les' Copaque serta pelakon suara disebalik filem GENG. Tidak lupa juga penampilan maskot istimewa Upin & Ipin yang menjadi kegemaran ramai.


Berikut ialah lokasi-lokasi roadtour:

UTARA

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 1 T/hari - 2 Petang
Tempat : USM, Pulau Pinang

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : GSC, Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 2 Petang - 4 Petang
Tempat : UiTM, Perak

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : TGV, Jusco Kinta City, Perak

SELATAN

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 1 T/hari - 2 Petang
Tempat : UiTM, Melaka

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : MBO, Melaka

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 2 Petang - 3 Petang
Tempat : UiTM Segamat, Johor

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : GSC, Summit Batu Pahat, Johor

Tarikh : 27 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : TGV, Tebrau City, Johor Bahru


Kepada semua peminat GENG jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan roadtour ini. Jumpa anda di sana!!!.


"Sergahan Upin & Ipin" di UIA, Gombak dan UKM

Sambutan yang menggalakkan diterima oleh pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) apabila disergah oleh krew "Sergahan Upin & Ipin" pada 24 Februari.

Jabatan Fasiliti Makanan dan Perkhidmatan bersama-sama Upin, Ipin dan Eejean (suara Mei Mei).

Bermula di Jabatan Fasiliti Makanan dan Perkhidmatan, Upin dan Ipin memulakan perjalanan mereka ketempat-tempat dimana ramai pelajar berada. Kebanyakan dari mereka terkejut dengan kehadiran Upin dan Ipin. Apa yang menariknya, pelajar-pelajar asing turut sama memeriahkan "Sergahan" kali ini. Sememangnya peluang bergambar bersama-sama maskot Upin dan Ipin tidak dilepaskan. Paling-paling pun menangkap gambar dari jauh. Yang pasti ramai yang gembira dengan kehadiran si kembar yang cilik ini.

Pelajar-pelajar UIA dengan gembiranya bergambar bersama-sama Upin dan Ipin.

Bukti pelajar asing yang turut gembira dengan kehadiran Upin. Sampai berpelukan.

Kehadiran Upin dan Ipin memenuhkan restoran yang berhampiran. Lihat! Sesak bukan?

Bersama-sama tuan empunya restoran.

Sambutan daripada warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga tidak kurang bezanya. Mereka amat teruja apabila Upin dan Ipin mula-mula muncul di dewan makan di Jabatan Sains dan Maklumat. Tidak kurang juga warga jabatan itu sendiri apabila Upin dan Ipin berada di dalam pejabat mereka sendiri.

Kemeriahan di dalam pejabat Jabatan Sains dan Maklumat.

Seronoknya adik-adik ini dapat bersembang dengan Upin.

Krew "Sergahan Upin & Ipin" di UKM bersama-sama peminat. Yang kecil tu peminat besar.

Sebegitu sekali gaya abang photographer ini. Itu baru kemera telefon.

Di depan Jabatan Sains dan Maklumat UKM.

Professor ini pun tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Upin dan Ipin.

Apa-apa pun, krew yang terlibat berasa amat berpuas hati dengan sambutan oleh kesemua peminat dan pelajar yang turut memenuhi masa mereka disana.

Let's spread the GENG love~


Geng still the number 1 movie


Selepas 10 hari keluar ke pawagam, filem "Geng: Pengembaraan Bermula" masih berada di posisi nombor 1 didalam carta Top 10 Movies @ GSC. Terima kasih kepada semua penonton filem, terutama sekali peminat dan penyokong kami yang telah menonton lebih dari sekali!

Monday, February 23, 2009

Kutipan tiket Geng: Pengembaraaan Bermula untuk hari minggu ke-2


Kami tahu, banyak peminat-peminat Geng: Pengembaraan Bermula yang berminat untuk mengetahui kutipan tiket Geng: Pengembaraan Bermula untuk weekend yang lalu. Seriously, kami di LCP pun berdebar-debar pada pagi isnin ni bak tunggu jawapan dari distributor kami. Dan resultnya? Haaaa!

Geng: Pengembaraan Bermula telah berjaya mengutip sebanyak RM1.47 juta dari 19 Februari ke 22 Febuari 2009.  Pada hari khamis kutipan kami adalah sebanyak RM115k, hari jumaat sebanyak RM239k, dan RM610k, RM510k pada hari sabtu dan ahad.

Oleh itu, sekarang kutipan tiket untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula adalah sebanyak RM3.75 juta untuk 11 hari ini.  Oleh itu, jumlah penonton filem Geng: Pengembaraan Bermula adalah dianggarkan sebanyak 464,724 orang.

Maka kami di Les' Copaque ingin berterima kasih kepada peminat-peminat LCP yang sudah menonton filem ini. :) Ha, tapi sila la tengok lagi! Seperti yang dipostkan oleh Atok Ranggi pada minggu lepas, silalah menonton filem ini banyak-banyak kali lagi dan bawa sanak saudara, rakan-rakan, pergi menonton Geng sama-sama. Hehe. 

GENG ROAD TOUR: GSC Alamanda dan TGV Jusco Seremban2

Sambutan Road Tour kali ini sangatlah tinggi. GSC Alamanda sesak dengan para pengunjung dan para peminat yang mengerumuni panggung sejak tayangan pertama GENG pada 22 Februari. Melihatkan orang yang sebegitu ramai amatlah tidak disangka sehinggakan maskot Upin dan Ipin terpaksa bergerak ke medan tengah (center court) kompleks membeli belah ini. Ada yang mengikut Upin dan Ipin ke center court untuk bertemu dan bergambar bersama-sama Upin dan Ipin.

Beginilah suasana di center court Alamanda, Putrajaya.

Upin dan Ipin menjadi tarikan seperti selebriti.

Upin dan Ipin menaiki eskelator. Sesuatu yang jarang dapat dilihat hari-hari.

Upin dan Ipin di Jusco seremban2 pula. Boleh tahan ya para pengunjung yang hadir?

"Peace sign" daripada Ipin kepada semua.

Maskot Upin dan Ipin bukan sahaja yang menjadi tarikan, malah pelakon-pelakon suara turut dikerumuni. Barisan panjang dapat dilihat sebaik sahaja pelakon-pelakon suara seperti Amir Izwan (suara Badrol), Kee Yong Pin (suara Lim), Fathiah Diaz (suara Upin & Ipin), Balqis (suara Kak Ros), Kannan (suara Rajoo), Hasrol (suara Salleh a.k.a Sally) dan Superstar Syafiq (suara Muthu) duduk ditempat menandatangan poster.
Kaunter jualan barangan GENG turut dibuka oleh kru GSC Alamanda dan mendapat sambutan ramai.

Walaupun hari Ahad, namun jualan tiket habis hingga ke malam di Alamanda. Diingatkan sekali lagi kepada yang ingin menonton, sila membuat tempahan jika takut tiket habis.

Pandangan dari tingkat atas ditempat autograf. Disebelah kiri adalah kaunter jualan barangan GENG.

Adik ini minta Nur Fathiah menandatangani bajunya. Tak puas dengan poster kot.

Ada yang mintak tandatangan diatas telefon bimbit. Macam-macam.

TGV Jusco Seremban2, yang juga merupakan cawangan TGV ke-2, turut dipenuhi dengan pengunjung. Maskot Upin dan Ipin pula dapat berjalan-jalan didalam kompleks ini. Ada yang terkejut dan seronok melihat kehadiran Upin dan Ipin di sana. Mereka tidak menyangka Upin dan Ipin akan berada disana. Secara tidak lansung, lebih ramai mangikut Upin dan Ipin ke TGV dan memeriahkan lagi GENG Road Tour di TGV Jusco Seremban2.

Gambar beramai-ramai sebelum tamat acara Road Tour di GSC Alamanda.

Terima kasih diucapkan kepada yang membantu secara lansung atau tidak.


Maskot Upin & Ipin beramah mesra dengan peminat di Centre Court Alamanda.

p/s: klik sini untuk melihat entry daripada Cik Nurul Izzati yang turut sama memeriahkan GENG Road Tour di jusco Seremban2.

Let's spread the GENG love~

GENG ROAD TOUR: GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC

Selepas Road Tour kami menyerang GSC Times Square, kami pun menyambung Road Tour di GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC pada keesokan harinya. Buat pengetahuan anda, GSC Pavillion merupakan cawangan Golden Screen Cinema (GSC) yang ke-4, manakala TGV Suria KLCC pula cawangan Tanjung Golden Village (TGV) yang pertama menyambut kami untuk membuat Road Tour.

Sambutan dari para pengunjung di Pavillion

Ini pula sambutan di Suria KLCC

Sampai kena duduk atas bahu bapak tuh.

Seperti hari sebelumnya, acara menandatangan poster dari para pelakon suara dari filem GENG: Pengembaraan Bermula adalah acara utama dan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat terutama sekali kepada yang sudah menonton. Maskot Upin dan Ipin juga menjadi tarikan yang hangat kepada semua pengunjung. Biarpun para pengunjung ada yang tidak dapat menonton, ataupun tidak berminat untuk menonton, mahupun tidak mengenali Upin dan Ipin, mereka tetap mahu bergambar bersama-sama Upin dan Ipin yang buat pertama kalinya muncul di GSC Pavillion dan TGV Suria KLCC. Ada yang geram dengan maskot Upin dan Ipin sehinggakan mahu dibawa pulang. Pelbagai gelagat dapat dilihat.

Barisan para pelakon suara untuk filem GENG sedang memberi autograf. Balqis (suara Kak Ros) pula sedang membuat suara yang dipetik dari filem.

Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama Upin dan Ipin.

Pandai sungguh Ipin dan Ipin ber"posing".

Upin dan Ipin turut masuk kedalam panggung untuk bertemu dengan penonton filem GENG sebelum ianya ditayangkan. Ada yang hadir ke Road Tour untuk memuat turun nada dering, wallpaper dan klip animasi GENG. Nada dering tersebut juga doleh dimuat turun di sini.

Upin dan Ipin didepan panggung. Bergambar tu bergambar jugak. Jangan miss filem pulak sudah.

Barisan pelakon suara filem GENG dengan pekerja GSC Pavillion.

Sambutan hangat dari para pengunjung sememangnya bertambah. Kepada yang masih lagi belum bertemu dengan kami dan Upin dan Ipin, sila tunggu untuk sambungan Road Tour kami. Siapa tahu? Kami mungkin ke tempat anda!

p/s: klik sini untuk melihat gambar-gambar dari CShot.

Let's spread the GENG love~

Telematch Hot FM AM Krew VS Hot FM Jam

Atas jemputan dari Hot FM Am Krew, kami pun turun ke Taman Tasik Titiwangsa Sabtu lalu untuk menghadiri ke Telematch Hot FM AM Krew. Adik Nur Fathiah juga turut bersama-sama maskot Upin dan Ipin untuk memeriahkan lagi telematch antara AM Krew dengan Jawarangers. Seawal-awal jam 8:30 pagi, senamrobik dijalankan. Nur Fathiah serta Upin dan Ipin pun memanaskan badan dengan menyertai senamrobik.

Lincah sungguh pergerakan Nur Fathiah dan Fara Fauzana. Upin dan Ipin pun sama hebatnya.

Upin sedang melihat adiknya sebab lupa 'step-step' senamrobik.

Upin dan Ipin sedang berinteraksi dengan Faizal dari AM Krew.

Meriah sungguh Taman Tasik Titiwangsa dengan kehadiran para peminat.

Untunglah kepada yang hadir. Bukan saja dapat bersama dengan DJ radio Hot FM, mereka juga dapat peluang bersama-sama pelakon suara Upin dan Ipin beserta maskotnya sekali.

Peminat-peminat kecil yang berpeluang untuk bergambar bersama Nur Fathiah dan Upin dan Ipin.

Keluarga Nur Fathiah pun datang sekeluarga ke telematch ini.

Krew daripada Les' Copaque yang tidak bertanding.
Dari kiri: Nell, Faiz, Zarin, Yong Pin, Eejean, Nurul dan Faliq






GENG ROAD TOUR: GSC Times Square

Kekecohan melanda di GSC Times Square apabila GENG Road Tour bersambung di sana pada 20 Februari yang lalu. Berlangsung di tingkat 3, (GSC ini dua tingkat) ramai peminat dan pengunjung dapat bertemu dengan pelakon-pelakon suara GENG. Kebanyakan yang hadir baru saja pulang dari tempat bekerja untuk bersantai setelah penat bekerja. Ramai juga yang membawa anak-anak untuk menonton.

Pengunjung yang datang pada malam itu beratur untuk autograf pelakon-pelakon suara GENG

Kali ini, dua lagi pelakon suara dari filem GENG tampil untuk memberi autograf kepada para peminat. Mereka adalah Hasrol (suara Salleh a.k.a Sally) dan Superstar Syafiq (suara Muthu). Bukan saja menandatangan poster, mereka juga membuat suara yang dipetik dari filem itu sendiri. Untunglah kepada yang hadir dapat mendengar sendiri.

Upin dan Ipin beratur untuk membeli tiket. Cerita apa agaknya?

Seperti sebelum ini, maskot Upin dan Ipin turut turun untuk bertemu peminat dan juga seperti sebelum ini, yang hadir tidak melepasi peluang mereka untuk bergambar bersama-sama si kembar kesayangan mereka. Upin dan Ipin juga masuk ke panggung kali ini. Cuma penonton filem GENG saja yang dapat keistimewaan untuk bersama-sama dengan Upin dan Ipin di dalam panggung.

Upin dan Ipin bersama peminat sekeluarga di dalam panggung

Seronoknya kena peluk dengan Upin dan Ipin

Nur Fathiah sempat bergambar bersama-sama geng GSC Pavillion

Let's spread the GENG love~