Wednesday, November 26, 2008

"GENG:PENGEMBARAAN BERMULA" IS COMING TO TOWN

At last, we are able to give you all the tentative screening date under the "wajib tayang" scheme. Our film have already received the approval from the "Lembaga Penapisan Filem" last week with no scenes being censored. We had submitted our request for screening from FINAS last week and we already have the tentative date : 12 February 2009. However, the date is subjected to the agreement of the panel which will convince their meeting immediately after Hari Raya Haji. So for now, we hope that date will be our official screening date and we will let all the fans know the official date once we have the confirmation from FINAS.

On Monday, 24/11/2008, Atuk and Nizam went to Bangkok to finalize the sense around works by Kantana Studio. For two days we went through the audio design in the designated screening hall and we feel that it will not dissapoint the fans. We have also reviewed the optical images from the 5 reels the result was outstanding. The pictures are sharp and Atuk believe it will be the best local production that you will ever see.
Atuk, Nizam and Pang, the Kantana sound engineer at the dolby mixing studio

Nizam and Phang at work.
Yesterday, we are also lucky of being able to fly back home from Bangkok as the mob had taken over the airport. We were forced to make a very long de tour to escape the massive traffic jam leading to the airport. On arrival at the airport, all the main road to the terminal were flooded with demonstrators facing the authorities. We heard two shots and the authorities were moving towards them. We were lucky that the Kantana's driver managed to navigate his way to the lower portion of the terminal and we managed to board our plane home. If we had arrived half an hour later, the airport will be closed and we will be stranded in Bangkok. Next week, we are supposed to go again to review the completed works. Depending on the situation, we might not be going and ask them to send the final copies. Anyway, we will try to do our best to deliver the best film you had ever seen produced locally.
He..he.. janagn lupa, saksikan filem di pawagam pada 12hb February 2009

Tuesday, November 25, 2008

Les' Copaque on Remaja TV3!

Watch Upin & Ipin exclusively on Remaja TV3. Shown on air last Sunday, November 16th, the show looks at professions which require an imaginative and creative mind. The "Refleksi" segment takes a close look at how the animation process was made by the Les Copaque production team. Plus, the voice actor for Upin & Ipin Teah was in the house, too. This is a brilliant episode that you should definitely not miss!

By: IdaMandarin
Edited by: P0dracer

Monday, November 24, 2008

JobsMalaysia Karnival Pekerjaaan dan Kerjaya Kebangsaan

Les' Copaque Production bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain telah menyertai Kanival Pekerjaan dan Kerjaya anjuran Jobs Malaysia dengan tujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada lepasan graduan. Jobs Malaysia merupakan salah satu usaha oleh Kementerian Sumber Manusia. Karnival 2 hari ini telah berlangsung di PWTC pada 22 dan 23 Nov 2008.




Ramai pengunjung pada hari tersebut yang berpeluang menghantar resume mereka secara dekat dan mudah. Karnival tersebut juga diselang- seli dengan acara ceramah oleh beberapa tokoh kerjaya tempatan.


Selain booth kami dipenuhi oleh graduan-graduan yang memohon pekerjaan, terdapat juga sebilangan peminat yang teruja dengan Upin & Ipin dan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan kepada semua graduan yang memohon kerjaya, kami ucapkan semoga berjaya.


Lawatan Karangkraf - G3 dan Majalah Pc

Sebut saja apa-apa majalah keluaran Karangkraf sudah pasti semua orang mempunyai majalah kegemaran masing-masing. Jumlah majalah keluaran Karangkraf saja hampir 30 jenis merangkumi pelbagai focus dan skop. Sudah tentu ramai yang berhasrat ingin melawat ke studio KarangKraf jika berpeluang. Tetapi buat pertama kalinya, Karangkraf sendiri yang melawat ke studio kami. Kami amat berbesar hati menerima lawatan dari 2 team utama majalah Karangkraf iaitu G3 dan Majalah Pc.

Lebih kurang 20 orang staff dari Karangkraf yang terdiri dari editor dan pelukis komik berkunjung ke studio kami seawal 10 pagi. Setiap penerangan dan penjelasan dari setiap department diceriakan dengan telatah dan respon menarik dari mereka.Inilah antara kartunis terkenal G3 iaitu Gayour dan A'an Budak Baik yang tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan studio kami.

Sebelum sesi lawatan tamat, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar dihadapan World Of Geng. Kami mungkin juga akan membuat lawatan ke Karangkaf dalam masa terdekat ini, namun tarikhnya masih belum dipastikan lagi.



Ini merupakan 'buah tangan' dari mereka sebagai tanda cenderahati lawatan.

Sunday, November 23, 2008

Visit the new & improved Les' Copaque website

Voila! Les' Copaque presents its brand spanking new website, with more user-friendly navigation and improved layout, together with more information on the company and its endeavors. Check it out now!

Dapatkan Mobile Content Terbaru!

Segeralah ke laman web rasmi Upin & Ipin untuk mendapatkan "Mobile Content" baru dan eksklusif secara percuma! Sebanyak 8 video boleh dimuat turun untuk telefon bimbit atau peralatan mobil anda dalam tiga format - avi, mp4 dan 3gp. Tunggu apa lagi, klik terus ke halaman "Downloads" laman web www.upindanipin.com.my

Friday, November 21, 2008

Congratulations Kannan!


On Wednesday 19th November we surprised Kannan, the voice actor behind Rajoo, with a congratulatory party. We were celebrating his excellent achievement of 6 A's and 1 B for his UPSR exams. Well done Kannan!

 A delicious choc & strawberry cake to feast on.
The geng joining the celebration.
A card signed by the crew of LCP.
Valthukal!

Thursday, November 20, 2008

Kunjungan dari SK Sanglang, Perlis

Pada musim cuti sekolah ini, Les' Copaque telah menerima kunjungan dari SK Sanglang, Perlis. Pada 18 November, seramai 70 orang pelajar sekolah rendah termasuk guru-guru mereka tiba di pejabat kami sekitar 11 pagi. Mereka telah memulakan perjalanan sejak malam sebelumnya. Walaupun datang dari jauh, wajah-wajah mereka tetap bersemangat dan ceria untuk mengetahui cara-cara pembikinan animasi di Les' Copaque.
Lawatan pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Asyraf, En. Faizu dan En. Faren. Mereka menerangkan tentang sejarah permulaan syarikat, tatakerja produksi dan menayangkan video-video seperti trailer Geng dan Upin & Ipin, dan proses pembuatan animasi.
Seterusnya, mereka di bawa untuk melawati jabatan-jabatan yang terlibat dalam pembikinan animasi.
Cik Ida Shaheera a.k.a. Kak Ros menerangkan tentang penulisan skrip.
En. Safrizan dan En. Fadhli bersama "bintang" Les' Copaque, Fathiah memberi demonstrasi proses rakaman suara di bilik audio.
En. Ahmad Razuri bersua tentang proses rendering.
En. Haris mempamerkan "skill"nya dalam bidang kompositing.
Setelah selesai menziarahi kawasan studio, rombongan telah dibawa ke kedai cenderahati Les' Copaque, World of Geng.


Lawatan SK Sanglang ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelakon-pelakon suara Upin & Ipin termasuk Cik Fathiah, Cik Ida Shaheera, Cik Ida Rahayu dan Cik Ejean.

Sebagai penutup, saya sajikan sekerat pantun dari Jarjit -
Terima kasih daun keladi,
Ada peluang jumpa lagi.

Wednesday, November 19, 2008

Tadika Arif Minda Graduation Day

On the 15th of November, Upin & Ipin and Les Copaque's merchandising arm - World of Geng - graced the Annual Graduation Day of Tadika Arif Minda. It was a warm and happy occasion for 70 kindergarten students who graduated that day.

The crew arrived early to set up our booth outside the main hall. Besides the wonderful merchandises for sale we also showed Upin & Ipin episodes, Geng's trailer and the new anti-piracy PSA (Public Service Announcement) on an LCD monitor. Many children and parents were glued to the screen.

In the main hall there were performances by the students at the kindergarten. They entertained their parents with songs and dance. The main event of the day was of course the graduation ceremony, and thats where Upin & Ipin came in. The twins led the graduation procession into the hall and went up on stage. They then went backstage to let the graduation ceremony take place. When the ceremony was over, Upin & Ipin rejoined the kids for a joyous round of singing and dancing. As soon as they reentered the stage, they were mobbed like rock stars! All the children eagerly huddled around each one of them and wanted to shake their hands. Upin later told me that some of the kids didn't believe it was really him and that there was someone inside him! However Upin just kept on dancing merrily with them.

Here they come!
Waiting for their entrance.
Leading the way!
Stage center.
Time to party!!!
After the graduation show was officially over, Upin & Ipin went to visit the World of Geng booth and along the way mingled and took photos with the attendees. They were really overjoyed and excited to see the twins in person.

In conclusion, everyone had a marvelous and wonderful day out, especially Upin & Ipin. They got to meet and entertain their fans and the fans got to meet them. Parents were also excited to buy Upin & Ipin merchandise for their children and the kids were happy to own the delightful products. To sign off, we wish our heartiest congratulations to the tiny graduates of Tadika Arif Minda!

Saturday, November 15, 2008

Lawatan dari SMK Gombak Setia

Seperti yang diketahui oleh semua, sekarang merupakan waktu peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil SPM pada tahun ini. Pada waktu sebeginilah pelajar-pelajar tahun lain mengambil peluang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Les' Copaque Production. Pelajar dari SMK Gombak Setia turut tidak melepaskan peluang ini untuk melihat sendiri proses animasi yang dilakukan di Les' Copaque.

Lawatan pada hari tersebut dikendalikan oleh En Mohd Zarin dan Cik Ida Rahayu. Rata-rata pelajar pada hari tersebut walaupun masih diperingkat sekolah menengah tetapi sungguh berminat dengan teknik-teknik animasi dan produk animasi yang dihasilkan oleh syarikat kami.

Seperti biasa lawatan juga merangkumi penerangan untuk semua proses animasi yang diterangkan secara terperinci oleh kakitangan yang bertugas pada hari tersebut.

Sesi bergambar mengakhiri proses lawatan sambil belajar pada hari tersebut. Diharapkan lawatan pada hari tersebut sedikit sebanyak dapat memberi maklumat yang berguna kepada semua anak-anak muda ini dan jangan lupa saksikan GENG dipawagam nanti.

Politeknik Merlimau Di Les' Copaque

Les' Copaque tidak putus-putus menerima lawatan dari pelbagai pihak baik dari sektor korporat mahupun dari sektor pendidikan.Pada 13 November 2008, kami menerima kunjungan dari Politeknik Merlimau.Seramai 45 org pelajar dan 2 orang lecturer datang untuk membuat lawatan ke Les' Copaque.Mereka ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana production kami beroperasi.Lawatan kali ini dikendalikan oleh En Ghadafi, En Asyraf dan En Zirul.Proses yang sama kami lakukan bagi setiap lawatan yang kami terima.Kami akan mulakan dari pengenalan syarikat hinggalah ke production tour.

Para pelajar diberi taklimat oleh En Ghadafi, En Asyraf dan En Zirul mengenai sejarah penubuhan syarikat, production workflow dan produk-produk yang dikeluarkan oleh Les' Copaque.

Setelah selesai taklimat, seperti biasa kami akan membawa mereka melawat production.Oleh kerana lawatan kali ini ramai.Kami bahagikan mereka kepada 2 kumpulan.Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada mereka agar dapat melihat dengan jelas dan terperinci segala penerangan yang akan diberikan oleh setiap bahagian di Les' Copaque.

En Safrizan memberi penerangan bagaimana proses audio dilakukan di Les'Copaque.Begitu tekun para pelajar mendengarnya kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana untuk menghasilkan bunyi seperti tapak kaki org berjalan dan yang lain-lain.

Eh!Upin, bukan Ipin la.Dua-dua pun betul. Ini kerana watak yang menjadi pujaan ramai tu, dilakonkan oleh adik Nur Fathiah. Kebetulan dia datang untuk merekod suara untuk trailer Geng. Jadi kami membuat demonstrasi bagaimana proses merekod suara itu dilakukan kepada para pelajar Politeknik Merlimau.Mereka tidak menjangkakan, yang watak Upin dan Ipin dilakonkan oleh orang yang sama.Bukan senang nak melakonkan suara Upin dan Ipin.Kecil-kecil cili padi itulah perumpamaan yang sesuai diberi kepada adik Nur Fathiah.

Seterusnya kami membawa mereka naik ke bahagian atas office, dimana bahagian skrip, storyboard, modeling, rendering, animation, compositing dan juga muzik berada.Setiap bahagian akan diterangkan mengikut orang-orang yang telah ditugaskan.

Cik Ida Rahayu menerangkan mengenai proses Storyboard.

En Asyraf Abdullah menerangkan mengenai proses Modeling

En Ahmad Razuri menerangkan mengenai proses Rendering

En Hasan menerangkan mengenai proses Animation.

En Firdaus menerangkan mengenai proses Compositing.

Cik Ida Azhar menerangkan mengenai proses untuk menghasilkan skrip

Yang terakhir sekali,En Faren menerangkan mengenai proses untuk menghasilkan muzik.

Setelah selesai production tour, kami membawa mereka melawat bahagian Merchandising.Disinilah pelbagai produk yang telah dihasilkan dijual disini.Macam-macam ada. Ada t-shirt, pen, button badge, magnet fridge, mug, notepad, beg sekolah, topi dan juga tumbler.


Setelah selesai membeli belah di World of Geng, kami mengadakan sesi bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenang-kenangan.

Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi membuat lawatan ke Les' Copaque.Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang lawatan ke tempat kami. Jangan lupa tengok cerita Geng di pawagam nanti ye.