Siri animasi 3d di tv9 (Harian Metro, 26 September 2007)

Laporan Harian Metro mengenai Upin dan Ipin

Variasi Metro Ahad (07/11/2007)

Laporan Utusan Malaysia mengenai Geng: Pengembaraan Bermula

Topik di forum

It's Mooncake Festival again~

Last week, 21st of September 2007, we have more than 20 people of Les'Copaque army playing tanglong this year!! Besides, we have prepared a small birthday party for Fuad and Yongpin~ Happy birthday!

After the party celebration and finish watching Upin & Ipin show in TV9 at 7.30pm, we started to light up some lanterns. Well, it was happy to see non- chinese collegues excited with the lanterns. Haha! We then took a walk from our office to 7-eleven just to show off our tanglongs...how childish!! Besides, we managed to capture some pictures under the dark with the little light source from the lanterns of everyone! Yey~ On the way back, Syaril's lantern got burnt (>__<) sowee!!

Les'Copaque wishes you... "Happy Mooncake Festival"~ Today, tonite, enjoy yourself with the big, round moon upon the sky!!

p/s : Lantern = "Tanglong" as for ur information
"Those who did not join us that night are noobies XD nyakhahaha! "
-refers to Yen Hao, Fifi, Azim and Hafizi...Ehsan was sick...nvm join us next year!!
We really do had a great time anyway~ ^____^hehe


Yongpin and Fuad~ Happy Birthday To you!











Majlis Perlancaran Program Realiti OKU

Pada 18 September lepas, Tv9 telah melancarkan programnya yang berjudul "Program Realiti OKU" di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Kami di Les Copaque berkesempatan menghadiri majlis perlancaran tersebut. Program Realiti OKU ini adalah satu program dimana semua pesertanya terdiri daripada orang-orang kurang upaya. Majlis perlancaran program berserta majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Y.B. Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Encik Bukhari Che Muda yang merupakan ketua pegawai operasi TV9. Program ini telah dirasmi kan oleh Y.B. Dato’ Seri Shahrizat dan pengacara majlisnya Aziz Desa.

Logo program Realiti OKU
En. Burhan a.k.a Uncle sedang berbual-bual dengan tetamu kehormat.
Upacara pemberian cek oleh En. Burhan kepada En Bukhari Che Muda.
Majlis ini juga telah dimeriahkan dengan persembahan dan bacaan Al-Quran oleh warga OKU. Moga dengan adanya program realiti ini, warga OKU akan memberikan persepsi baru kepada masyarakat dengan membuktikan kecekalan mereka menghadapi arus hidup.

Majlis Pelancaran Filem Animasi GENG: Pengembaraan Bermula dan Siri Animasi Upin & Ipin telah dilangsungkan di Hotel Quality, Shah Alam pada 11 September 07. Tujuan majlis pelancaran ini adalah untuk mengumumkan Filem Animasi GENG ini akan ditayangkan pada sekitar pertengahan tahun hadapan. Selain itu sidang media ini juga melancarkan siri animasi pendek UPIN & IPIN yang akan disiarkan di TV9 sepanjang bulan puasa nanti.


Majlis menandatangani diantara Peppermint Asia, Tv9 dan Saymohm Sdn Bhd

Majlis ini dilancarkan oleh Dato' Narayanan Kannan

Pelbagai wakil dari media dan badan2 tertentu datang semasa majlis perasmian tersebut termasuklah wakil dari MDeC

Semasa di kaunter pendaftaran

Sesi bergambar dengan para pelakon2 GENG dan UPIN IPIN

Fathiah (Upin/Ipin) ketika ditemubual oleh wartawan ntv7


Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang sudi hadir pada majlis tersebut. Di sini kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa menyaksikan siri Upin dan Ipin di tv9 setiap jumaat, sabtu dan ahad pada pukul 7:30.

Lebih banyak gambar di forum

Happy Birthday To En Burhan

Pada 4 Sept 07 yang lalu, kami semua menyambut hari lahir big boss Les' Copaque iaitu En. Burhan aka Uncle aka Atuk Ranggi. Kami pasti ini kali pertama beliau menerima "kad" sebesar ini. Kad yang dihasilkan adalah berdasarkan dari salah satu karakter tambahan dalam filem GENG yang designnya berdasarkan daripada En Burhan sendiri.

Bergaya dengan "kad besar" yang ditandatangani oleh semua staff Les Copaque


Kek unik berupa wajah En Burhan. Kek ini dibuat oleh mak shafiq.

Suasana semasa majlis harijadi yang diadakan di office Les Copaque

Kami semua di Les Copaque mengucapkan Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa murah rezeki dan dirahmati Allah.

Ucapkan di forum

Upin & Ipin


Salam,

Les Copaque akan menayangkan mini siri "Upin & Ipin" sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. Siri "Upin & Ipin" ini adalah berkonsepkan "filler" yang mempunyai 6 episod dan setiap episod mempunyai durasi selama 5 minit. Mini siri ini akan memperkenalkan beberapa watak baru dan berlatar belakangkan suasana kampung. Ianya akan ditayangkan di TV9 pada sepanjang bulan puasa.

Sedikit screenshot dari siri tersebut.


lebih banyak maklumat di forum


 

Copyright 2008 Les'Copaque Production Sdn. Bhd

free counter