Isu Mercun Sempena Musim PerayaanOleh: Si Pin yang kurus dan tak berpuasa
KAMPUNG XXX 21 OCT. – Sempena musim perayaan ini, isu berkenaan dengan mercun menjadi semakin serius. Di Kampung XXX kelmarin, berlakulah satu insiden yang unik akibat bermain dengan mercun.
Seorang remaja kaum Melayu, Badrol(17) dan seorang remaja kaum Cina, Lim(17) merupakan punca berlakunya insiden ini. Menurut saksi, dua orang remaja ini tengah bermain mercun di tepi jalan kampung.
"Walaupun telah diamarkan berkali-kali agar jangan berbuat demikian, mereka degil dan tidak menghiraukan kami," - Muthu, salah seorang saksi.
Badrol dan Lim terus bermain dengan seronok selama lebih kurang 15 minit. Malangnya, mereka tidak dapat berseronok dengan lama. Salah satu mercun yang mereka baling, mengejutkan seekor kerbau betina yang tengah bersantai di dalam kandangnya. Kerbau tersebut sedar dengan kehadiran Badrol dan Lim. Ia terus mengamuk dan mengejar dua orang remaja tesebut.
"Mereka cuba untuk melarikan diri dengan kapcai buruk mereka, tapi maklumlah, Sappy (kerbau tu) boleh lari 100km/j, manalah boleh kapcai buruk tu menang?" - Rajoo, pemilik kerbau.
Akibatnya, Badrol dan Lim telah ditanduk oleh kerbau tersebut. Dua orang remaja itu dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima pertolongan kecemasan. Mereka terpaksa menerima 12 jahitan di 8 bahagian berlainan masing-masing.
Kerbau betina dan pemilik kerbau yang ditahan ke balai polis, mengaku tidak bersalah atas insiden tersebut. Mereka telah dibebaskan 12 jam dahulu.
"Pihak kami akan bertanggungjawab untuk memberkas mana-mana pihak yang terlibat dalam mengedar, menjual, membeli, dan bermain dengan mercun," - seorang pegawai yang tak tau dari jabatan mana.
Oleh itu, Les' Copaque Production mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan semua rakyat Malaysia agar jangan main dengan mercun.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN HAPPY DEEPAVALI!! -- kesian Si Pin yang tak berpuasa, tak dapat raya, dan kena type blog kat sini .. T_T

*Insiden di atas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan sama ada yang hidup ataupun yang telah tak hidup lagi.